Selamat Hari Raya Aidil Fitri dicucapkan kepada semua pembaca. Maaf zahir batin jika ada salah silap Kekny sepanjang menulis blog disini. Anyway nak share resepi Rendang lah kalau raya ni kan. Wajib kena share walaupun Kekny tahu ramai yang dah tahu masak rendang sendiri tapi Kekny suka tengok resepi rendang orang lain dan suka tambah itu ini. Ibaratnya rendang ni memang ada resepi tersendiri tapi kadang kadang kita pun ada versi kita sendiri yang selalu kita buat kita rasa sedap, family pun suka jadi buat je lah kan macam mana pun. Ok lah berbalik kepada Rendang ni Kekny nak share resepi Rendang Tok Mak Mentua Kekny yang sangat lah sedap. Rendang Tok ni bagi yang tak tahu ialah masakan rendang yang terkenal di negeri Perak. Walaupun banyak versi dan rupa rendang ni, Kekny rasa resepi yang mak mentua Kekny selalu buat ialah yang paling sedap dan asli. Ok jom Kekny share resepi Rendang Tok Asli Negeri Perak ini.
Resepi Rendang Tok Asli Negeri Perak
Mak Mentua Kekny sangat terkenal dengan keenakan Rendang Tok di Kampung beliau iaitu Kampung Piandang Lama, Siputeh Perak. Selalu kalau dia masak, mesti ramai yang akan menempahnya. Kekny juga berpeluang melihat sendiri cara masak Rendang Tok ni dan merasa keenakan Rendang Tok yang baru dimasak panas panas lagi tau! Rasa dia memang sedap dengan daging lembut tapi pejal tak hancur ye, kuahnya tak terlalu basah, kering dan berserbuk dan paling sedap rasa ketumbar berselang seli dengan rasa 'awas awas' yang dimasak lama sampai mesra jadinya.
Awas = bahan ramuan yang dipotong nipis
Ini bahan yang Kekny gunakan untuk buat Rendang Tok ikut resepi Mak Mentua. Sukatan mak mentua bagi agak agak tapi ada panduanya.
Macam ni, untuk sekilo daging, bawang 1 mangkuk penuh dihiris nipis. Bahan lain seperti halia dan bawnag putih tak penuh mangkuk juga dihiris. Serai dan lengkuas sukatan juga tak penuh mangkuk, dikisar bersama air dan ditapi lalu diperah dan diambil hampasnya.
Jadi kesimpulanya bawang merah kena lebih banyak dari bahan bahan lain lah ya..
Ketumbar kena guna biji ketumbar yang dikisar kering. Goreng dulu ya nak bagi wangi.
Jom tengok video lah senang Kekny share di You Tube.. cara penyediaan. Resepi penuh dibahagian bawah entry ni ye
Untuk video yang mak mentua masak boleh tengok video di bawah lebih banyak tips mak mentua saya beri
RESEPI RENDANG TOK NEGERI PERAK
Bahan-bahan
1.5 kg daging dihiris ketulan besar
1 mangkuk bawang merah dihiris nipis
3/4 mangkuk bawang putih dihiris nipis
3/4 mangkuk halia dihiris nipis
1/3 mangkuk serbuk cili dari cili kering yang dijemur dan dan disangai atau panggang dalam oven sampai garing (jangan hangus) - buat sendiri ya kalau guna yang siap kisar baunya tak sedap
1/3 mangkuk ketumbar disangai dan di kisar kering
1.5 kg santan atau cukupkan
Daun kunyit dicarik kasar (jangan potong halus)
3 sudu besar kerisik
1 ketul gula kabung ( ikut nak manis macam mana)
1 sudu kecil belacan
Garam Gula secukup rasa
Bahan kisar dengan air dan ditapis dan perah. Ambil hampas sahaja.
3/4 mangkuk serai dipotong
3/4 mangkuk lengkuas
Cara masak :
Dalam kuali asing, panaskan daging sekejap untuk keluarkan air daging. Dah nampak keluar air, asingkan air. Air daging tu boleh simpan buat stok masakan ya.
Dalam kuali lain, masukkan santan panaskan. Kalau santan jenis cair beriair boleh masak sekejap bagi santan tu pekat
Masukkan bawang merah, bawang putih, halia dan bahan kisar
Masukkan serbuk cili dan ketumbar
Masukkan daging yang dibuang airnya tadi
Biar mendidih dan mereneh hingga daging empuk. Santan tu kalau kering dan daging belum empuk boleh tambah santan. Tambah santan saja jangan tambah air!
Agak dah daging empuk boleh masukkan belacan, gula kabung, daun kunyit dan kerisik. Tambah garam dan gula jika perlu.
Sambung masak sambil kacau sehingga rendang betul kering dan berserbuk.
3 Comments
SELAMAT HARI RAYA!!! Best entry ini :) done follow, follow me back.. thanks
ReplyDeletehttp://acuyuhan.blogspot.com/
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteammi sukanya dengan rendang tok ni. Ammi simpan resepi ni ye...semoga rajinlah nak membuatnya.
ReplyDelete