Kalau nak tahu di Kuala Lumpur selain Bandar Pentadbiran, ianya juga popular sebagai salah satu lokasi tempat makan terbaik di Malaysia. Ibarat syurga bagi Food Hunter! Banyak restoren dan café yang menyajikan hidangan yang menjadi pilihan orang KL atau orang luar juga pelancong asing. Dalam banyak pilihan tu mesti tak tahu nak pilih mana satu kan? Ok jom Kekny nak share 7 lokasi tempat makan best di sekitar Kuala Lumpur
7 Tempat Makan Terkemuka di Kuala Lumpur
1. Restoran Rebung Dato Chef Ismail
Photo credit https://zine.my/makanhunter/items-tempat-makan-yang-perlu-anda-kunjungi-semasa-berada-di-kuala-lumpur/
Mesti ramai kenal Chef Ismail kan. Sebagai chef selebriti di Malaysia, chef sangat popular dengan menu masakan melayu beliau. Sebab tu kalau nak rasa masakan melayu sedap dan asli boleh ke Restoren Rebung yang dimiliki beliau. Semua masakan disini ialah hasil dari resepi dan air tangan chef sendiri. Konsep buffet dan ala carte di restoren ini sememangnya diselesai pengunjung yang gemar nak merasa pelbagai juada masakan melayu. Dengar kata pencuci mulut dan kuih muih juga tak kurang enaknya disini. Kalau ke KL bolehlah singgah ya!
2. Nasi Lemak Saleha
Nasi lemak apa yang famous di Kuala Lumpur? Mestilah Nasi Lemak Saleha yang terletak di Kampung Pandan, Kuala Lumpur. Kalau nak tahu terdapat pelbagai variasi nasi lemak dan lauk pauk dari sambal tumis telur, paru, ayam goreng berempah dan aneka rendang. Memang kalau datang sekali mesti bumgkus bawah balik. Ramai yang datang kesini beli nasi lemak bungkus dengan banyak untuk dikongsi bersama keluarga. Keistimewaan nasi lemak Saleha ni ialah nasinya yang peroi elok, tapi lembut dan harum bau santan kelapa.
3. Go’Bang Maju Patin Tempoyak Sri Rampai.
Photo credit https://foursquare.com/v/gobang-maju-patin-tempoyak/5a7ff6352105c32f7c90225d?openPhotoId=5cee6d703731ee002b3e9005
Bagi yang selera kampung tapi, sajian diari Negeri Pahang Patin Tempoyak kini mudah didapati di Kuala Lumpur. Ikan patin dari sungai Pahang dibawa segar ke Kuala Lumpur khas untuk anda. Kuah tempoyak sini pekat dan secukup rasa masam masinnya, dengan isi ikan yang manis berlemak pasti menggamit anda datang kesini lagi. Selain tempoyak ada banyak lagi menu masakan kampung dan moden yang disediakan disini. Kalau tak makan tempoyak tu jangan risau sebab ada menu lain yang special. Semua orang boleh makan!
4. Nasi Lemak Tanglin
Photo credited https://www.hungryonion.org/t/kuala-lumpur-kls-top-nasi-lemak-spot-nasi-lemak-tanglin/14980
Mencari nasi lemak sedap di KL? Kena cuba Nasi Lemak Tanglin yang terkenal dengan sambal tumisnya yang power! Antara lauk yang famous ialah sambal tumis sotong kembang yang menjadi rebutan pelanggan setiap kali datang kesini. Ayam berempah dan telur rebus goreng Tanglin disini juga sedap digandingkan dengan nasi lemak panas panas siap dengan sambal extra. Kena pula dengan air teh o suam memang terangkat habis!
5. Restoran Mee Tarik Warisan Asli
Photo credit https://www.thevocket.com/mee-tarik-warisan-asli-sungai-besi-memang-padu/
Kalau sukakan Chinese food yang halal wajib singgah di Mee Tarik Warisan Asli. Restoren ini diasaskan oleh cina muslim yang berasal dari china. Menu popular ialah Mee Soup with Braised Beef. Menggunakan mee buatan tangan yang kenyal, lembut dan segar itulah keistimewaan restoren ini. Ada juga menu masakan cina lain yang perlu anda cuba denga pelbagai jenis sup yang sedap dihidangkan dengan mee kenyal buatan tangan. Dengar kata minuman teh herba disini menyegarkan dan baik untuk kesihatan badan. Kenalah cuba nanti!
6. Shell Out
Photo Credit https://www.travelopy.com/shell-out
Inilah tempat bermulanya menu Shell Out yang terkenal satu Malaysia. Mereka telah mendapat trademark Shell Out untuk satu satunya restoren yang dibenarkan menggunakan Shell Out sebagai nama Kedai dan didalam menu. Menu Shell Out ni macam biasa ada menu seafood lambak yang dihidangkan atas plastik bersih. Tak perlu guna pinggan dan makan kena pakai tangan tau barulah best. Makanan laut segar dihidangkan macam udang, sotong, ketam, kepah, kerang dan pelbagai sayuran, jagung disiram kuah pedas pedas manis diatasnya. Dipadankan dengan nasi putih memang enak sangat!
7. Restoren Sambal Hijau
Photo Credit https://www.tempatmenarik.my/restoran-sambal-hijau-tempat-makan-menarik-di-kuala-lumpur/
Restoren Sambal Hijau ni sangat terkenal dengan pelbagai menu lauk pauk masakan melayu. Dengan konsep nasi campur melayu yang authentic tapi disajikan dalam style buffet. Restoren ini menjadi pilihan ramai setiap hari untuk pelbagai lauk pauk yang sedap, pada harga yang berbaloi. Antara menu terkenal ialah pelbagai jenis ikan bakar, sup tulang, ualam ulaman segar dengan sambal belacan yang padu. Selain itu ada juga masak lemak, gulai, kerabu pelbagai jenis. Semuanya adalah resepi masakan melayu asli. Kalau ada kawan dari luar negara yang berhajat nak merasa tu boleh lah bawa merasai masakan tempatan disini.
Kalau anda nak ke KL atau tinggal di KL dan nak menikmati makanan yang sedap, lazat, segar tapi kadang-kadang tu banyak faktor yang menghalang. Traffic jam, susah parking, tiada masa dan sebagainya. Jangan risau sebab FoodPanda sentiasa menyajikan hidangan kegemaran anda di sekitar KL dengan pantas. Search restaurants near me di FoodPanda dan pilih menu dan siap makanan sampai terus kepada anda. Tak perlu drive jauh jauh. Mudah kan?
1 Comments
semuanya nampak menyelerakan
ReplyDelete