Ramai tak tahu Pasta Aglio E Olio ni jika kena cara masaknya akan jadi lebih sedap. Kebanyakan kita mesti nak pilih Bolognese atau Carbonara je bila nak masak pasta. Tapi Aglio E Olio ni ramai tak nak masak sebab katanya tak berapa sedap. Kekny lebih suka Aglio ni sebab rasanya yang pedas dan pasta ni menggunakan olive oil yang agak banyak jadi salah satu cara nak menikmati olive oil dengan cara yang sedap bolehlah masak pasta ni! Oh tapi kena juga ambil kira kandungan kalori ya sebab walaupun olive oil ni healthy tapi kalorinya tetap sama macam minyak biasa. Ok kali ni Kekny nak bagi tips macam mana korang nak masak Aglio E Olio yang sedap, terasa pedas pedasnya dan mudah. Paling penting korang boleh masak kat party pasta ni dah tak payah nak masak bolognese dan carbonara je dah.
Tips Masak Aglio E Olio Yang Sedap
Guna seafood dan lebihkan seafood supaya rasa manis seafood tu bergabung sekali dalam rasa spaghetti kita
Bawang putih mesti banyak. Senang nak kira, 1 labu bawang putih kita guna kesemuanya sekali untuk masak 1 bungkus spaghetti
Guna minyak zaitun (olive oil). Ini kerana pasta ni sedap sebab minyaknya agak berladung sikit. Jadi guna olive oil adalah disarankan supaya lebih healthy.
Goreng dahulu bahan seafood dan keluarkan letak tepi. Kemudian tumis bawang dan cili. Bila dah masuk spaghetti dan hampir masak baru masukkan semual seafood. Jadi tak adalah seafood kita overcooked!
Guna cili kering yang dikisar kering kasar
Bawang jangan terlalu halus dicincang. Biar kasar-kasar sedikit.
Gunakan air rebusan pasta sedikit dalam spaghetti supaya kuah lebihan yang terhasil akan menyerap dalam spaghetti dan memberi rasa yang lebih sedap
Guna herbs atau italian herbs yang sesuai tak kisahlah kering atau fresh. Antara yang sesuai dan sedap ialah basil dan parsley. Jangan guna oregano atau rosemary kerana 2 herba ni sesuai untuk masakan lain dan jenis bahan lain.
Ok jom tengok resepi. Video kat bawah yaaa
Seafood Aglio E Olio Spaghetthi
Bahan-bahan :
1 pack spaghetti1\3 cup olive oil1 labu bawang putih dicincang kasar jangan halus
1kg udang dibuang kulit
500gm sotong dipotong
1 genggam cili kering - kisar kering bg kasar kasar jangan halus
Garam
Dried parsley dan basil kalau ada fresh lagi sedap
Daun saderi
3 biji tomato potong dadu besar
Cara Penyediaan :
Rebus pasta. Jangan tos. Kena bajet masa tengah tumis tu pasta dah hampir nak lembut.
Dalam kuali masukkan olive oil. Masuk udang dan sotong. Goreng sekejap sampai separuh masak. Angkat dan tos dari minyak ketepikan
Dalam minyak sama tumiskan bawang putih agak dah wangi tapi jangan garing, masukan cili kering kisar. Masak sekejap bagi minyak jadi merah dan masak cili tu baru sedap. Sebab kita dah masuk udang sotong sebelum tu jadi minyak tu dah ada air so jangan risau cili kita tak hangus. Masak lama sambil kacau.
Kemudian masukkan tomato. Kacau sekejap dan cedok pasta guna penyepit dari periuk rebusan terus kedalam kuali. Kacau rata dan masukkan juga 2 senduk air rebusan pasta supaya kuah dan air udang dalam minyak tadi serap masuk dalam pasta.
Akhir sekali masukkan semula udang sotong dan daun saderi juga dry herbs parsley dan basil.
1 Comments
Aglio ni selalunya tawar, mcm very mild..versi pedas best!!
ReplyDelete