Kari Kepala Ikan Ala Mamak

Siapa suka Kari Kepala Ikan Mamak? Hah jom angkat tangan ramai-ramai. Sedap tau Kari Kepala Ikan ala Mamak nak nak dimasak pekat, dan bagi masam masam sikit. Ada pulak bendi dan tomato. Makan dengan nasi panas tuang kicap atau air asam!!!! 


Kari kepala ikan ala mamak, kari kepala ikan, tips kari sedap, kari masam, kari tanpa santan

Kenapa Kari Mamak Selalunya Rasa Sedikit Masam

Sebenarnya kari mamak ni tak letak santan. Tapi mereka letak tairu atau yogurt. Susu yang dimasamkan. Tujuanya ialah nak bagi kari lebih berlemak dan pekat tapi pada masa yang sama tak muak. Terutama kari kepala ikan kerana bahagian kepala ni sangat berlemak. Kalau kita guna santan macam kari biasa rasanya akan muak sedikit. Lainlah kalau kita buat kari ikan biasa yang cair sikit kan.

Kari kepala ikan ala mamak, kari kepala ikan, tips kari sedap, kari masam, kari tanpa santan

Tips Kari Kepala Ikan Lebih Sedap


1. Tumis rempah biar lama sampai masak. 

Jangan culas ya tumis sekejap sekejap sahaja. Rempah ni kalau nak wangi, terbit bau harum kena buka api perlahan dan goreng dalam minyak tumis tu sampai betul garing, naik minyak makan akan garinglah rempah kita. 

2. Mestilah guna ikan yang segar. 

Sebarang masakan berkuah disyorkan guna ikan yang segar atau tak lama disimpan dalam peti ais

3. Campuran rempah yang betul. 

Guna rempah yang betul. Kalau untuk ikan, guna rempah ikan ya. Tapi nak sedap sikit campurkan sedikit dalam 1 sudu besar rempah kari daging kedalam rempah ikan. Baru rasa kari lebih padu.

4. Guna santan jangan terlalu banyak. 

Ramai kata santan kena lebih kalau buat kari biar minyak berlinang. Saya nak bagitahu, minyak berlinang bukan asbab kari kita akan sedap. Malah mungkin kari tu tak sedap sebab berminyak dan tak baik juga untuk kesihatan. Kari mestilah balance santan kalau boleh biar cair sedikit. Kurangkan sikit santan atau boleh ganti tairu atau yogurt atau susu fresh atau susu sejat. Masukkan sedikit sahaja bukan sampai penuh periuk. Nak pekat masak kari tu lama lama biar pekat. 

5. Disyorkan masak kari terutama kuah awal. 

Sebelum masuk ikan dan sayur, masak lama lama kuah. Kalau masak awal boleh panaskan 2 ke 3 kali. Bila nak makan baru masukkan ikan dan bahan sayur. Kari akan pekat elok, dan lebih sedap.

6. Bahan bahan tumisan kena tumbuk. 

Jangan hiris. Bila kita tumbuk, semua perasa dia keluar dan buatkan kuah kari kita lebih sedap.

7. Bahan wajib ialah halba campur. 

Letak bahan ni memang sedap kari kita. kalau tak tau boleh tanya kedai ya. Sedikit sahaja letak dalam 1 sudu teh. Tumis sekali bersama bawang


Kari kepala ikan ala mamak, kari kepala ikan, tips kari sedap, kari masam, kari tanpa santan

Ok dah jom tengok resepi Kari Kepala Ikan ala Mamak yang Kekny share ni. Boleh tengok video kat You Tube yang Kekny share tu untuk panduan cara memasak  


Resepi Kari Kepala Ikan Ala Mamak


Bahan-bahan 

Kepala ikan - terpulang nak  guna kepal ikan apa. Saya guna siakap sebab itu ja ada.
Tomato dibelah 2
2 sudu besar santan atau susu sejat.
1 sudu besar  pes asam jawa - terpulang nak masam atau tak
2 bungkus rempah kari ikan
1 sudu besar rempah kari daging
Minyak untuk tumis 

Bahan tumis

6 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
1 biji timato dicincang
Daun kari
1 sudu teh halba campur

Cara Masak Kari Kepala Ikan

Bawang ditumbuk separuh hancur bersama tomato. 

Bahagi dua bawang tumbuk tadi. Separuh masukkan dalam bekas lain dicampur serbuk rempah dan air. Bancuh sehingga sebati

Panaskan minyak tumis bawang yang ditumbuk bersama daun kari dan halba campur. Masukkan bancuhan rempah bersama bawang

Masak dan tumis sampai rempah garing dan naik minyak

Masukkan air sedikit bersama air perahan asam jawa. Masukkan ikan dan tomato. Masukkan sedikit sahaja santan. Masak sehingga mendidih dan siap!




 

Post a Comment

1 Comments

  1. agree part bahan tumis tu kene tumbuk..even kalau goreng sayur pun ammi prefer untuk tumbuk instead of hiris2 je

    ReplyDelete