Kek Pisang Coklat Yang Mudah Dan Sedap

Ada yang suka makan kek tapi tak reti nak buat kek? Ha kali ni Kekny nak ajar korang satu resepi kek mudah yang Kekny rasa semua orang boleh buat dan pasti menjadi elok. Selain tu rasa dia memang power habis sebab untuk kek ni kesedapanya bergantung atas bahan premium yang kita guna. Di FB kawan Kekny seorang bakers Abam Rushdi Lazim yang cipta resepi Kek Pisang Coklat Kluster Kayangan ni sebab menggunakan bahan-bahan premium. Jadi kat blog ni Kekny share ilmu ni kat korang. Semoga rezeki abam Rushdi dimurahkan lagi sebab tak lokek ilmu berkongsi dengan kita. Kekny panggil resepi ni Kek Pisang Coklat Belgian sebab menggunakan Belgian Chocolate iaitu Callebout. Guna pulak serbuk koko premium dan butter pure. Fuh rasa dia memang kayangan habis!


Kek Pisang Coklat Gabungan Yang Sedap

Rupanya bila pisang digabungkan dengan coklat rasanya sangatlah sedap! Jadi bila buat kek pisang tambah pula coklat rasa dia berganda sedapnya. Sebelum ni Kekny hanya pernah rasa Banana Chcocolate Cake di Secret Recipe dimana lapisan keknya diletak pisang segar dan memang seda kek tu. Tapi kali ni kita boh pisang terus dalam adunan! Pisang tu jangan lecek halus biar ada ketulan ketulan kecil. Jadi bila gigit kek akan rasa ketulan pisang tu aduhai sedapnya!


Roti Pisang?

Sebenarnya kalau tengok dari resepi ni ianya adalah seakan akan pembuatan Banana Bread. Jangan panik! ini bukan roti biasa yang kita adun dan uli. Definasi sebenar ialah Quick Bread iaitu kategori roti express. COntoh quick bread ni ialah muffins dan juga selalu oran buat ialah Banana Bread. Dia macam kek tapi teksture pada dan berat serta moist dan gebu. Lembut sahaja. Macam tu lah rasanya kek pisang coklat ni.

Kalau Tak Ada Callebaut?

Boleh gantikan dengan apa sahaja coklat chips atau coklat milk. Walnut juga boleh digantikan dengan kekacang lain seperti almond atau kuaci. Ikut bahan kita dan kreativiti kita dalam mengolah resepi ya. 


Ok jom tengok resepi yang mudah ni. Boleh tangok di Youtube juga ya video cara pembuatan. Resepi penuh ada dibawah.


         


Kek Pisang Coklat Kluster Kayangan 

(Resepi Kredit Rushdi Lazim)

Bahan-bahan :
160gm tepung naik sendiri
35gm Serbuk koko diayak
Kedua bahan diayak
115gm pure butter dicairkan
120 brown sugar
3 ke 4 biji pisang berangan masak ranum (pisang size besar bukan kecil kecik) dilecek
120gm buttermilk (atau susu fullcream mix 1/2 tablespoon cuka, biarkan 10 minit)
1 sudu teh garam 
80gm Belgian Chocolate saya guna Callebaut Dark Callets
50gm walnut
Kedua Callets dan walnut ni gaul dengan tepung sikit supaya tak mendap kedalam kek bila ditabur atas

Cara penyediaan: 

Campur semua bahan kecuali coklat belgian dan walnut.

Kacau sebati. Baru masukkan separuh coklat dan walnut.

Tuang dalam acuan loaf 4x8 inci.

Tabur lebihan coklat dan walnut diatas. Boleh lebihkan jika suka

Bakar suhu 160 selama 40 minit atau sehingga masak.

Post a Comment

1 Comments