Khasiat Daun Saderi

Baru-baru ni ramai share gambar Daun Sup atau Khasiat Daun Saderi ni kat Facebook. Hahaha.. sebenarnya ada page yang share tentang kebaikan daun ni jadi ramai yang baca dan share. Tapi betulke daun saderi ni banyak khasiatnya? 

khasiat daun saderi, daun sup,

Tak dinafikan daun saderi ni adalah daun yang sangat mudah didapati. Harganya pun murah. Rasanya sedap jika masuk dalam masakan atau dimakan sebagai ulam. Jadi tak ada masalah jika kita nak amalkan daun saderi ni dalam menu seharian kita kan?


Tabur dalam sup memang sedap. Resepi Bihun Sup Simple DISINI

khasiat daun saderi, daun sup,


Khasiat Daun Saderi ( Daun Sup)

 Khasiat Daun Sup dapat Meningkatkan sistem imunisasi badan melawan virus. Dalam situasi covid yang semakin merebak.. Boleh amalkan makan daun sup sebagai ulam setiap hari

Mengurangkan tekanan darah tinggi. Dengan hanya minum air rebusan daun sup ini akan dapat mengurangkan tekanan darah tinggi.

Merendahkan kadar kolestrol kerana daun sup kaya dengan kandungan zat besi, fosforus, natrium, kalium, vitamin A, B-Kompleks, C dan magnesium.

Merawat batuk dengan minum air rebusan daun sup bersama madu. 


Mee sup dan sambal merah yang sedap! Resepi DISINI

khasiat daun saderi, daun sup, resepi mee sup




Post a Comment

1 Comments

  1. sup kalau campur saderi ni ,emamng bau dia akan naikkan selera kan :)

    ReplyDelete