Sekiranya anda menjual makanan dari rumah, perkongsian ini wajib dibaca untuk elakkan anda dikenakan tindakan undang-undang. Disebabkan pandemic Covid-19, ramai yang sudah beralih bidang pekerjaan. Rata-rata memilih untuk memulakan perniagaan jualan makanan dari rumah, ‘Home based’. Kalau nak tahu Pengusaha Makanan Dari Rumah juga Wajib mengambil langkah tertentu bagi mengelakkan dikenakan tindakan undang-undang. Menjadi tanggungajawab kita sebagai pengendali makanan menjaga kebersihan dan kesucian makanan yang kita jual.
Beroperasi di rumah, buat pemasaran secara atas talian (online) dan lakukan perkhidmatan penghantaran makanan. Trend ini nampak meningkat bermula dari tempoh pkp fasa 1 lagi.
Terdapat beberapa keperluan yang perlu dipatuhi sekiranya anda seorang pengusaha makanan ‘home based’.
Langkah Wajib Perlu Diambil Pengusaha Makanan Dari Rumah
1. BERDAFTAR FOSIM DOMESTIC
- Semua pengusaha makanan ‘Home Based’ perlu berdaftar dibawah KKM (P3-Homebased)
- Daftar secara percuma di pejabat kesihatan berhampiran atau layari http://fosimdomestic.moh.gov.my
- Gagal mematuhi subperaturan 3.(1) boleh dikenakan denda tidak melebihi 10 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 2 tahun
2. MENGHADIRI KURSUS LATIHAN PENGENDALIAN MAKANAN
- Objektif Kursus Latihan Pengendalian Makanan (LPM) adalah untuk memberi pendedahan dan kesedaran tentang kepentingan penyediaan makanan yang bersih dan selamat kepada semua pengendali makanan di sektor perkhidmatan dan industri makanan.
- Pengendali makanan boleh daftar dimana-mana Sekolah Latihan Pengendalian Makanan (SLPM) yang diiktiraf oleh pihak KKM. Senarai SLPM yang berdaftar boleh rujuk pada link dibawah:
http://fsq.moh.gov.my/v6/xs/page.php?id=96
- Gagal mematuhi subperaturan 30.(3) boleh dikenakan denda tidak melebihi 10 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 2 tahun
3. DAPATKAN PELALIAN TIFOID
- Pengendali makanan mudah sebarkan penyakit kepada orang lain melalui makanan.
- Sekiranya berpenyakit, tidak dibenarkan sama sekali memasuki premis dan mengendalikan makanan.
- Dapatkan suntikan pelalian tifoid di klinik-klinik (swasta) yang berhampiran.
- Gagal mematuhi subperaturan 31.(3) boleh dikenakan denda tidak melebihi 10 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 2 tahun
4. AMALKAN KEBERSIHAN MAKANAN YANG BAIK
- Cara pengendalian makanan yang betul sangat penting bagi mengelak berlakunya keracunan makanan.
- Misalnya asingkan papan pemotong antara bahan mentah dengan makanan yang sedia dimakan.
- Semua perkakas dan bekas perlu sentiasa dalam keadaan baik dan bersih
- Gagal mematuhi subperaturan 35.(6) boleh dikenakan denda tidak melebihi 10 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 2 tahun
5. PEMERIKSAAN KENDIRI
- Pengendali makanan perlu sentiasa mengamalkan kebersihan diri yang baik
- Pastikan jaga bau badan, mandi, kuku sentiasa pendek dan bersih, dan tidak memakai sebarang perhiasan diri (jam, gelang, cincin, dll) semasa mengendalikan makanan.
- Gagal mematuhi subperaturan 33.(1) boleh dikenakan denda tidak melebihi 10 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 2 tahun
Rujukan:
1.facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia
2.Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009.
1 Comments
betul tu, followlah semua ini untuk keselamatan
ReplyDelete