Dah jemu makan bergoreng bertumis, sekali sekala nak juga hirup kuah pedas pedas masam ni kan. Time hujan sejuk ni memang sedap lah. So Hari ni Kekny share resepi simple je Asam Rebus Utara Ikan Tenggiri versi mudah je.
Kat Utara ni ada jugak asam rebus macam juga Singgang di Pantai Timur. Cuba kami letak daun kesom dan bunga kantan. Macam kuah asam pedas juga cuma kuah dia jernih dan light je.
Ramai juga tanya apa tips asam rebus sedap. Tips dia asam rebus kena la cukup bahan perasa seperti bawang, belacan, garam, gula dan paling penting asam kena rasa masam dia.
Asam Rebus ni boleh guna apa sahaja jenis ikan yang sesuai. Kalau Kembung, Tenggiri, Ikan Pisang, tu sedap sangat. Orang kata ikan isi tebal tebal ni.
Sedap dipadankan dengan nasi putih. Kalau sini kami suka letak nasi putih dalam mangkuk, curah kuah sampai penuh dan isinya. Tuang kicap sikit... fuh hirup lah sampai licin!
Ok jom tengok resepi mudah sangat ni.
Asam Rebus Ikan Tenggiri
Bahan-bahan Asam Rebus Ikan Tenggiri
3 ke 4 keping ikan tenggiri bahagian isi
Bendi secukupnya
1 batang bunga kantan
1 cekak daun kesom
3 ke 4 keping asam gelugur
Garam dan gula secukup rasa
Bahan kisar / tumbuk
10 biji cili padi
3 ulas bawang merah
3 ulas bawnag putih
1/2 sudu kecil belacan
Cara Penyediaan Asam Rebus Ikan Tenggiri
Masukkan ikan, air jangan banyak sangat, bahan kisar, asam gelugur, daun kesom dan bunga kantan. Rebus sehingga ikan masak dan mendidih.
Masukkan bendi dan masak lagi sehingga bendi lembut.
Masukkan garam dan gula secukupnya. Siap
1 Comments
Resepi yang menaikkan selera 😊
ReplyDelete