Sekarang satu dunia dilanda Pandemic Covid 19 dan ramai kena stay at home semasa PKPP dan PKPB ramai yang ambil langkah mengisi masa lapang dengan berkebun dan menanam pokok. Hobi ni sangat bagus sebab selain mneghijaukan bumi dan menambah kadar oksigen di rumah anda, kita juga dapat mengeluarkan peluh dan toxin dari badan. Bila layan pokok bunga ni memang boleh release sedikit stress dan tekanan.
Pernah dengar Bunga Hydrangea atau ada panggil Bunga Siti Zubaidah atau Bunga Kembang 3 Bulan. Di sesetengah negara dipanggil Hortensia ialah bunga yang sangat cantik dengan rimbunan bunga bunga kecilnya membentuk kelompok bulat besar. Bunga ni bila kembang akan tahan selama 3 bulan. Memang cantik jika bunga ni menghiasi taman atau laman rumah. Tapi ramai yang takut nak jaga pokok bunga ni yang katanya agak susah nak dijaga? Betul ke?
Bila sekarang kena jaga laman sebab emak pun dah tak berapa sihat, alang alang kena take over laman maka saya kini serius pula menanam pokok. Seronok pula tengok pokok yang disiram dan dibelai setiap hari naik bunganya, kembang, keluar pucuk baru dan semakin subur. Timbul kepuasan tengok hasil menjadi cantik depan mata. Disebabkan saya suka ke Cameron Highland, maka saya terapkan unsur-unsur seperti taman ala di Cameron kahkahkah!
Jadi wajibla ada pokok berbunga kan? Dan selain rose saya beli juga pokok Hydrangea. Mula saya beli ialah pokok tak ada bunga. Risau juga takut mati kalau beli yang berbunga mahal sikit dari yang tak ada bunga. Tapi selepas 2 minggu jaga pokok tu elok dan keluar putik bunga maka hati pun berbunga-bunga. Lantas saya terus ajak DH ke Cameron Highland sebab nak beli Hydrangea yang ada bunga terus! Ok jom lah saya share tips nak jaga pokok Hydrangea ni ya.
2 Jenis Hydrangea Di Malaysia - Bunga Siti Zubaidah
Bigleaf Hydrangea : Hydrangea macrophylla
Bunganya sedikit tajam sebelah kelopak luar. Daun juga tajam dan sedikit runcing. Jenis ni selalunya tak tahan panas. Selalunya hidup subur di kawasan sejuk. Tapi jika nak tanam dikawasan bawah boleh je cuma jangan kena panas secara direct.
Smooth Hydrangea : Hydrangea arborescens
Jenis ni bunganya kecik sikit kelopak tapi bentuk kelopak bulat. Gugusannya pulak besar membulat. Warna sedikit lembut dan macam Hydrangea lain warnanya ikut tahap PH tanah. Cuma warnanya lembut tak berapa terang. Ada yang panggil bunga Hydrangea ni jenis kampung yang agak tahan lasak dan boleh tahan cuaca panas. Tapi tetap perlu disiram 2 kali sehari.
5 Comments
bunga kesukaan kak ana ni eny kat kg ada berpuluh tahun dah mak bela kak ana belum ada lagi kat sini :)
ReplyDeletewah rajinnya..cantik
ReplyDeletenak tanya, bunga hydrangea ni tak boleh kena air atau pun cecair baja atau kulat ke? sbb haritu bunga saya tetiba layu. Mungkin matahari ke tapi haritu sejak beli saya letak di tempat teduh tapi situ panas. mohonnasihat.
ReplyDeleteKalau nak jadikan hydrangea berbunga warna putih gimamana ya?
ReplyDeletebunga siti zubaidah ni berbunga sekali sahaja ke? pokok saya berbunga sekali tu sahaja
ReplyDelete