Hai semua.. Ada yang tengah bercuti ke tu? Yes samalah Kekny hangpa ni pun tengah bercuti sekarang di Lexis Hotel, Teluk Kumbar Penang. Actually Lexis Hotel jadi pilihan Kekny obviously kerana private pool dibiliknya yang awesome! Senang nak berendam pool lama lama, tak malu tak segan. Dan boleh jaga aurat kita juga ya.
Hotel Lexis Suites, Teluk Kumbar Penang
Untuk penginapan di Hotel ni Kekny memilih bilik Executive Pool Suites dengan 2 double bed, diulang yes 2 double bed yang sangat selesa. Rate ialah RM 400++. Nak buat apa double bed tapi kau pergi berdua dengan laki bini jee.. tak apa... tidoq sajalah sorang 1 katil hahahaha. Actually kalau family yang anak ramai memang sesuai sangat bilik ni. Tak payah nak book bilik berasingan atau interconnection room dah. Yang pasti rate ialah untuk 4 orang sebilik memang berbaloi. Hotel sangat bersih dan selesa. Dip pool pun bersih. Siap ada sauna room, sofa, dan bilik air yang luas serta ada lagi bath tub yang besar. Memang seronok lah kalau bawa anak anak ke sini kan.
Pakej sekali excellent breakfast spread! Macam macam menu ada dari local, western, chinese, japanese, dan paling best siap ada siakap kukus ala nyonya kat buffet dia. hahahahahha! Jadi makesure ambil sekali pakej sarapan ya!
Kami makan yang simple je sebab dah plan nak ke A Ghafoor Martabak Original sebab nak makan nasi Tomato depa yang sedap. Nanti Kekny review tentang A Ghafoor ya. Boleh ayan gambar nasi tomato style nasi kenduri yang sedap sangat! Kalau yang dah jemu nasi kandar tu boleh la ke A Ghafoor ni. Ramai orang luar Penang tak tahu kewujudan kedai ni sebab kedai ni terkenal dikalangan orang tempatan saja. Dan kedai ni tak payah nak beratoq panjang. Nak makan pun selesa.
TRAVELOKA Cara Mudah Dan Jimat Booking Hotel
Nak tahu cara mudah Kekny booking hotel Lexis Suites Penang ni melalui website Traveloka je. Semudah ABC, 123 pejam mata je dah dapat book. Percayalah! Sebab tu hangpa wajib baca sampai habis entry ni ya!
Traveloka ni macam online one stop centre untuk kita cari tenpat penginapan bukan je kat Malaysia tapi seluruh dunia dengan cara mudah efisien. Betul betul mudah tau.
Kelebihan book hotel menggunakan Traveloka
Kita pakai hujung jari je guna handphone atau komputer. Tak payah nak call minta rate dan quotation bagai.
Dapat tawaran harga hotel dan penginapan lebih berbaloi. Sebab banyak hotel yang disenaraikan di Traveloka, maka hotel hotel ni masing masing offer the best rate they can offer for you. Mestilah sebab nak tarik lagi ramai yang book kan.
Senang nak compare harga dengan hotel hotel lain. Of course lah kita nak cari yang lebih murah kan. Ha pilih lokasi dan date, pilih je hotel mana ikut budget kita. Nak yang mahal atau murah atau ikut rating dan star. Aduh nak mudah macam mana lagi kan?
Boleh tahu lebih banyak jenis dan hotel yang ditawarkan di tempat yang kita nak pergi tu. Senang nak plan untuk trip dan percutian kan. Kadang tu kita boleh semak dulu harga masa nak rancang percutian. Ohh senang kan kalau nak plan budget bagai.
Cara Mudah Book Melalui Website Traveloka
Ok just buka je website Traveloka kemudian pilih tempat / lokasi, tarikh, jumlah guest dan let Traveloka choose the best for you
Then boleh pilih Hotel mana yang korang nak, book dan boleh proceed dengan detail bayaran.
Mudah je kan! Macam Kekny cakap semuanya kat hujung jari. Tak payah lah nak call hotel atau email tanya rate bagai. Kita dah masuk 2021 dah hehehe..
And cantik takkkk pemadangan dari Hotel Lexis ni! New Year dah dekat ni boleh book sekarang kat Traveloka
Cepat book! Kekny nak mandi kolam kat Lexis ni.. Jeles takkkkkkk
2 Comments
sedapnyaaa nasi tomato tu.. nyumm :)
ReplyDeletecantikkan tempat ni. saya yg stay PD pun, bercuti pergi sini je. just nak chill and relex hehe
ReplyDelete