Ikan Bakar Sumbat Kelapa Dan Resepi Sambal Kelapa Yang Sedap

Sebenarnya ramai tanya resepi Sambal Kelapa yang sedap yang selalu kita beli ikan bakar kat kedai, ada letak sambal kelapa dalam ikan. Selalunya ikan kembung, mabung atau ikan cencaru. Dan kita selalu tertanya macam mana nak buat sambal kelapa ni. Kalau di Kedah ni kami panggil inti nyok atau sambal syok. 

resepi sambal kelapa, sambal nyok, ikan bakar sumbat kelapa, inti kelapa, sambal nyok

Resepi Sambal Kelapa Pelbagai Guna

Bantat Ikan

Sambal Kelapa ni banyak kegunaannya. Di Kedah, selain buat sumbat ikan, kami buat bantat (macam pais) tapi sambal kelapa tu diletak atas ikan selalunya ikan haruan atau nak guna sebarang ikan boleh. Kemudian balut daun pisang dan bakar. 

Sambal Kelapa Laksa

Sambal Kelapa juga orang Kedah buat makan dengan laksa. Macam Laksa Teluk Kechai (BACA SINI) yang ada letak sambal kelapa. Memang sedap. Tapi kuah laksanya kena buat cair cair sikit baru padu.
laksa telok kechai, sambal nyok, sambal kelapa laksa



Inti Kuih Muih Seperti Cucur Badak, Pulut Udan ( Pulut Panggang) atau Spera (Karipap inti sambal kelapa)

spera, karipap inti kelapa, sfera, kuih spera, laksa kuala perlis



Kalau Cucur Badak dan Pulut Udang mesti semua tahu kan. Tapi Spera ni tak ramai tahu. Dia macam karipap cuma intinya bukan kentang tapi letak sambal kelapa. 

Dan untuk kuih muih ni sambal kelapa kita tambah sikit udang kering untuk naikkan rasa dan buatnya lebih sedap. Selalunya inti rasa pedas tapi ada manis

Sebagai Sambal Sampingan 

Sambal kelapa juga dijadikan sebagai sambal sampingan disamping ulam, dihidangkan bersama nasi dan lauk pauk. Selalunya tambah sedikit belacan didalamnya

Sebagai Ramuan Pes Kerabu

Sambal kelapa dari resepi sama juga dijadikan sebagai pes kerabu. Cuma masa masak tu jangan terlalu kering airnya. Dan untuk kerabu jangan letak jintan manis dan jintan putih ya. Tambah ikan bilis atau udang kering dan sedikit belacan.

Jadi hari ni Kekny share Resepi Sambal Kelapa untuk sumbat dalam ikan bakar. Tapi jika nak tukar kegunaan boleh ikut tips diatas ya.

resepi sambal kelapa, sambal nyok, ikan bakar sumbat kelapa, inti kelapa, sambal nyok

Kekny pernah sediakan resepi ni dulu. Boleh tengok resepi ni kat SINI juga. Tapi Ikan bakar kali ni Kekny bakar guna Air Fryer je. Tips bakar ikan guna air fryer ni gaul sikit ikan garam dan kunyit dengan sedikit minyak. Sedikit je. Baru ikan elok garing bahagian luarnya. 

resepi sambal kelapa, sambal nyok, ikan bakar sumbat kelapa, inti kelapa, sambal nyok

Untuk video Penyediaan Sambal Kelapa ni boleh ke You Tube Eny Abdullah di bawah ni. Jangan lupa subscribe ya sebab ada banyak video yang Kekny share tapi tak sempat nak blogkan.




Resepi Sambal Kelapa Untuk Ikan Bakar

Bahan-Bahan Sambal Kelapa

4-5 biji cili merah
5 batang serai
1 cawan kelapa parut
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
1 sudu teh serbuk kunyit ( boleh guna kunyit hidup)
2 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 asam keping

Cara Penyedian Sambal Kelapa


Kisar cili merah, bawang, serai, kelapa parut, dan jintan dengan sedikit air. Blend sehingga halus

Masukkan dalam kuali dan tambah kunyit, garam dan gula secukupnya.

Masak sambal kelapa tadi sehingga hampir kering. Masukkan asam keping

Terus masak sehingga sambal kering airnya tapi jangan sampai kering berserbuk ya

Sumbat dalam ikan dan bakar seperti biasa.






Post a Comment

2 Comments

  1. Lama tak singgah sini tetiba tengok entry ikan cencaru sumbat ni..yarabbi sedapnyaaaa

    ReplyDelete
  2. Aduh sedapnya ikan bakar sumbat kelapa, lama tak makan nih ..

    ReplyDelete