Sebab ramai yang update kisah pelamin, baju, venue dan gambar pengantin yang cantik semuanya. Biarlah saya update gambar menu makanan dan sajian katering di majlis perkahwinan Neelofa Dan Haris (PU Riz). Sebab ramai nak juga tahu apa menu orang yang ada ada ni kan. Adakah sama dengan menu kenduri kendara kita atau lain sama sekali?
Apa pun terdahulu diucapkan tahniah buat Neelofa dan Haris telah bersatu sebagai suami isteri. Semoga berbahagia hingga ke jannah. Cantik betul keduanya di singgahsana pelamin bertemakan Jabal Rahmah.
Susunan Dan Dekorasi Meja Makan Dan Meja Makan Beradab Perkahwinan Neelofa Haris
Ok sebelum kita ke menu makanan jom tengok susunan meja untuk tetamu menikmati hidangan. Sangat cantik tatarias oleh RekaTeemur. Katanya bunga bunga sahaja seberat 4 tan!
Doorgift Neelofa Haris pula bukan sekadar doorgift biasa, tapi setiap tetamu menerima sekotak barangan kemas dari Swarovski dan barangan kosmetik berjenama Lancome! Kau nak beli Swarovski pun fikir banyak kali kan. Neelofa buat doorgift tetamu terus!
Ada tetamu yang hadir telah share gambar dalam kotak biru Swarovski. Wahh cantiknyaaaa.. beruntung betul siapa tetamu yang hadir kan.
Untuk santapan meja pengantin, disebabkan Neelofa memakai purdah, maka ruang khas bertutup disediakan untuk kedua pengantin makan dengan selesa. Aduh tak terfikir kan idea macam ni?
Menu Sedap Di Majlis Perkahwinan Neelofa Haris
Majlis perkahwinan Neelofa Dan Haris diadakan di Hotel Grand Hyatt Kuala Lumpur. Tak pasti dan belum ada info adakah katering makanan adalah dari Grand Hyatt atau dari luar tapi mestilah pihak hotel Grand Hyatt. Antara menu yang di letakkan di meja tetamu.
Untuk menu kudapan terdiri dari kuih dan kerepek tradisi iaitu kuih bahulu, rempeyek dan kuih loyang.
Menu Pembuka Selera Majlis Neelofa Haris Grand Hyatt Hotel
Kerabu Pais Aneka Laut. Sedapnya dengar nama pun. Kalaulah dapat rasa mesti sedap kan!
Menu Sup Ekor Berempah di Majlis Neelofa Haris Grand Hyatt Hotel
Untuk menu Sup ialah Sup Ekor Lembu Berempah. Tengoklah supnya sangat pekat dan mesti rasa kaya dengan rempah. Kena try buat nanti sup yang pekat macam ni.
Menu sup berempah Eny Abdullah di SINI
Hidangan Utama Di Majlis Neelofa Haris Grand Hyatt Hotel
Untuk hidangan utama, para tetamu dihidangkan dengan Nasi Biryani Utara, Udang Galah Bakar Berempah. Sebenarnya saya tak pasti Nasi Biryani Utara tu macam mana, tapi rasanya dia tak sama macam nasi biryani biasa yang warnanya agak kuning dan merah. Yang katanya versi utara ni warna agak pucat. Haa macam nasi daging utara. Mungkin diinspirasikan dari nasi daging utara?
Resepi Nasi Daging Utara Eny Abdullah di SINI
Seronoklah tetamu dapat makan udang galah bakar berempah yang sedap sorang seekor besar!
Dan untuk melengkapi sajian Nasi Biryani Utara di atas, dihidangkan juga Ayam Masak Madu Tomato, Daging Dendeng Berlada ( tak pasti keluaran Aunty Tini Kitchen atau tak dan juga Dalca Sayur Mamak.
Resepi Ayam Masak Merah dan Nasi Tomato DI SINI
Pencuci Mulut Di Majlis Neelofa Haris Grand Hyatt Hotel
Untuk pencuci mulut dihidangkan buah buahan, Lompat Tikam dan Butir Nako.
Bagi yang tak tahu Butir Nako tu apa, gambar seperti dibawah, dibuat dari tepung pulut dan di bentuk kecil bulat dan dimasak bersama kuah santan. Nako merujuk kepada nangka, nako ialah dalam dialek Kelantan. Biji Nangka lah kiranya. Bentuknya kan seakan biji nangka.
Haaa seronok kan tengok majlis perkahwinan Neelofa Haris ni. Yang mana belum kahwin tu boleh la berangan dan start menabung dari sekarang hehehe. Apapun jika mampu tak salah meraikan hari bahagia sekali seumur hidup. Yang penting ikut kemampuan masing masing ok.
1 Comments
Cantik sangat bunga bunga tu.. makanan dia pon nampak sedap..
ReplyDelete