Pernah ke makan mee laksa yang digoreng macam mee goreng? Haaa Kekny first time tengok ada orang masak macam tu tahun lepas dan nampak sedap sangat dengan basah basahnya, warna berkilat teringin sungguh nak cuba. So dapat juga cuba laksa goreng ni setelah sekian lama bertangguh nak buat.
Rupanya sedap sangat mee laksa yang digoreng ni. Tak tau nak cakap macam mana. Dia tak sama macam mee kuning biasa. Mee laksa ni kan dia licin lembut, sebab diperbuat dari kanji beras. Jadi bila bergabung dengan kicap, sos tiram, sebati bergaul rencah fuhh memang ngam habis. Kekny guna laksa yang jenis besar. Risau nak guna jenis halus takut hancur. Yang besar ni pun sedap dah. 1 bungkus laksa Kekny rendam dahulu 3 ke 4 jam dan rebus. Kenapa laksa ni kena rendam walaupun kita dah nak rebus dia?
Tips Rebus Laksa Tak Putus Dan Cantik
Ok Kekny nak share tips rebus laksa yang menjadi elok dan panjang tak putus.
Macam Kekny cakap kat atas kena rendam dulu ya. Sebab bila rendam, laksa tu boleh kembang perlahan lahan dan bila rebus laksa tak mudah putus dan hancur. Tu lah tips Mak Kekny dari dulu lagi masak laksa. Tak kira laksa halus atau laksa besar dia mesti rendam dahulu. Laksa akan lebih kenyal tapi lembut, tak liat, licin elok dan tak putus jadi pendek.
Resepi Laksa Goreng ada kat bawah ya. Sebelum tu jom tengok video Laksa Goreng ni di You Tube Eny Abdullah
Resepi Laksa Goreng
Bahan Bahan Laksa Goreng
1 bungkus mee laksa beras, direndam dan direbus lembut, toskan air2-3 sudu besar sos tiram
2-3 sudu besa kicap pekat
Sedikit Kicap cair
Minyak bijan sedikit jika suka
Sawi hijau atau kobis. Apa sahaja sayur sesuai.
Tomato dibelah
Isi ayam, daging atau udang. Jika guna daging rebus lembut dulu ya
Sedikit minyak untuk tumis
Bahan kisar dalam pengisar
15 tangka cili kering atau lebih jika nak pedas1 ulas bawang besar
10 ulas bawang putih
Cara penyediaan Laksa Goreng
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar. Tumis lama sehingga cili pecah minyak
Masukkan sos tiram, kicap pekat, kicap cair, ayam atau daging.
Masak sekejap
Masukkan mee laksa dan sayur yang keras dahulu.
Kacau rata. Boleh tambah kicap jika tak cukup rasa. Garam dan gula secukup rasa jika perlu
0 Comments