Sedap Dan Mudah Resepi Nasi Lemak Beras Basmathi

Siapa suka Nasi Lemak tapi rasa beratnya lah nak makan nasi lemak ni sebab kalori saja dah berapa untuk sepinggan? Nasi lemak boleh dikatakan menu wajib bagi rakyat Malaysia dan sangat mudah didapati di mana saja. Lauk gandingan haruslah ada sambal tumis pelbagai macam Sambal Tumis Ikan Bilis, Sambal Telur, Udang, Sotong, Ayam dan Daging. Nak pula digandingkan dengan Nasi Lemas Beras Basmathi yang special ni.

Nasi lemak basmathi, nasi lemak beras parboiled, resepi nasi lemak rice cooker, nasi lemak mudah, nasi lemak peroi

Tapi saya suka nasi lemak lauk sambal tumis telur yang dimasak lama sambalnya sampai kering dan naik minyak dan dihidangkan dengan bilis goreng garing rangup. Tak lupa kena ada timun jepung yang dipotong tebal supaya lebih rangup!

Khasiat Beras Parboiled Basmathi 

Tahu tak selain menggunakan beras biasa untuk memasak nasi lemak, kita boleh guna beras yang agak healthy seperti Beras Parboiled Basmathi. Kenapa saya cakap beras ni healthy? Haa nak tahu kan kenapa? 

Rendah Glycemic Index (G.I)

Beras ni rendah kandungan GI. Glycemix Index ni ialah kadar pengiraan dari 0 ke 100 tahap kecepatan penukaran gula dalam darah dari makanan yang kita ambil (makan).

Bila kita makan nasi dari beras biasa, GI beras biasa ialah pada kadar 70 ke 78 manakala GI bagi Parboiled Basmathi ialah sekitar 50 ke 58 sahaja. Ini bermaksud bila kita makan nasi Parboiled Basmathi gula dalam darah akan dilepaskan perlahan lahan. 

Sesuai untuk berdiet dan kuruskan badan

Disebabkan GI yang rendah maka beras ni sesuai untuk yang nak kurangkan berat badan kerana beras ni lebih mengeyangkan jika diambil kurang dan kenyang dalam masa yang lama. Makan sedikit lun dah lenyang dan puas. Tak macam beras biasa, kita kena makan banyak baru rasa puas dan kemudian kenyang. Ianya juga sangat sesuai bagi pesakit Diabetes.

Vitamin dan nutrisi lebih tinggi dari beras biasa

Beras parboiled ialah beras yang direbus dahulu semasa prosesnya. Jadi vitamin dalam beras dikekalkan sepenuhnya macam dah di 'lock' dan tak hilang semasa proses pemutihan dan pelicinan beras. Jadi jangan risau sebab khasiat beras ni lebih baik dari beras perang. Walaupun kalau dikira dari segi jumlah serat, beras perang lebih tinggi seratnya.

Lebih sedap dan mudah dimakan

Paling penting beras ni lebih sedap dari beras perang dan juga beras biasa. Kalau ada yang nak berdiet, nak makan nasi beras perang ramai cakap tak boleh nak terima rasanya dan tekstur beras yang keras. Jadi boleh bertukar ke beras parboiled basmathi yang lebih sedap dan berkhasiat.


Nasi Lebih Cantik, Peroi, Sedap dan Jimat

Kalau nak tahu jika kita masak nasi berperisa macam nasi lemak ni menggunakan beras basmathi, nasinya lebih elok, peroi, lembut, dan sebenarnya sangat jimat. Untuk 5 orang makan cukup hanya sekadar 2 cup beras. Ini kerana beras ni mengembang panjang dan banyak. Walaupun harganya agak mahal tapi boleh berjimat dari segi penggunaan yang sedikit sahaja.

Nasi lemak nampak sebiji sebiji. Elok je bila kita guna beras ni. Cara masak pun mudah guna rice cooker je dah menjadi.

Nasi lemak basmathi, nasi lemak beras parboiled, resepi nasi lemak rice cooker, nasi lemak mudah, nasi lemak peroi

Hidang kan dengan Sambal Tumis Telur ni memang sedap. Untuk resepi sambal tumis telur yang sedap, dulu saya pernah share resepinya kat SINI

Nasi lemak basmathi, nasi lemak beras parboiled, resepi nasi lemak rice cooker, nasi lemak mudah, nasi lemak peroi

Ini pula Ikan Bilis yang saya goreng tanpa minyak guna Air Fryer. Sangat elok kejadianya dan tak ubah seperti digoreng dalam minyak. Dapat lah kurangkan kalori dari minyak kan. Baik untuk jantung juga.

Dengan kombinasi nasi lemak basmathi, bilis air fryer dan sambal telur yang kaya protein, saya dah dapat sediakan nasi lemak yang bukan saja sedap tapi berkhasiat dan sihat. Rendah kalori berbanding nasi lemak biasa.

Ok jom tengok resepi Nasi Lemak Beras Basmathi kat bawah.

Nasi lemak basmathi, nasi lemak beras parboiled, resepi nasi lemak rice cooker, nasi lemak mudah, nasi lemak peroi

Resepi Nasi Lemak Beras Basmathi


Bahan-bahan Nasi Lemak Beras Basmathi
1 1\2 cup beras basmathi ( Saya guna beras parboiled basmathi Jasmeen)
Santan 1 kotak + air = sukat hingga dapat 2 cup
Halia dihiris nipis
Bawang merah dihiris nipis (optional tak letak pun tak apa)
Sedikit halba
Daun pandan disimpul
Sedikit garam

Cara Penyediaan Nasi Lemak Beras Basmathi

Campur semua sekali dalam rice cooker. Masak macam biasa. Bila nasi dah kering, guna garfu untuk gemburkan nasi.

Post a Comment

1 Comments

  1. sedapnya. dan kurang rsa bersalah bila mkn nasi lemak. sbb kalori xbyk berbanding biasa.

    ReplyDelete