Daun Ketumbar
Ada yang tak kenal daun ketumbar? Eh ada tau, sebab ada follower saya kat Instagram yang tanya, Kekny Ketumbar ni apa? Boleh makan ke daun ketumbar? Bukan ketumbar ni rempah ke? Tahu tak ketumbar adalah kategori pokok makanan yang agak susah untuk ditanam pokok. Macam daun sup, saderi dan parsley. Sebab tu daun ketumbar ni susah nak dapat di pasar, adakalanya ada, tapi selalunya tak ada dan tak jumpa. Yang waktu tak jumpa tu ialah hari kita nak guna dia lah haha! Pokok Ketumbar ni bila tua akan menghasilkan bunga dan ada biji. Biji tu kita panggil biji ketumbar dan digunakan dalam rempah ratus masakan kita.
Kegunaan Daun Ketumbar
Bahan Penyedap Masakan
Ramai tak tahu, kita guna biji ketumbar ni dalam apa? Sebenarnya ada digunakan dalam rempah kari siap paket yang kita beli dalam bentuk serbuk tu. Itulah campuran serbuk rempah termasuk ketumbar dan serbuk cili atau paprika maka jadilah serbuk kari. Kalau rasa nak thrill cuba buat kari sendiri guna rempah rempah ni semua tanpa guna rempah campuran siap jual tu. Tergolek la hangpa nak cari semua jenis rempah tu mana nak kisar halus lagi bagai. Daun ketumbar pula sedap kalau kita potong dan tabur dalam kari, tomyam dan goreng-goreng. Tetapi bukan semua orang boleh terima rasa dan bau ketumbar ni. Ada yang tak suka sebab rasa dan bau macam pijat sedikit. Tapi kalau pandai guna dalam resepi, daun ni memainkan peranan penting dalam memberi kesedapan makanan kita. Terutama masakan tomyam kalau ada daun ketumbar memang terangkat habis rasa dia. Padu!
Untuk Kesihatan
Daun ketumbar dikatakan dapat menurunkan paras gula dalam darah. Cuma potong dan tabur sahaja dalam makanan harian. Senang kan. Tak payah nak buat jus bagai.
Daun ketumbar juga anti cancer dan inflamattion. Jadi kalau nak sihat dan badan selalu letih boleh amalkan makan daun ketumbar sebagai ulam.
Cara Tanam Pokok Ketumbar Dari Biji Benih
Biji Benih
Mula mula beli benih ketumbar. Saya beli benih dari Baba ni di Shopee je. Satu pack dalam RM 3 lebih saja. Atau boleh juga guna biji ketumbar biasa yang boleh beli di kedai runcit. Kalau yang Baba ni biji benihnya dah terpilih yang berkualiti dan siap diletak ubat supaya tahan lama dan tidak rosak. Tak pasti kenapa biji benihnya merah. Kebanyakan benih baba warna merah. Mungkin diletakkan ubat khas. Biji ketumbar tadi rendam dahulu selama 8 ke 12 jam dalam air.
Bekas Semaian dan Medium Tanah
Tentukan nak tanam ketumbar ni atas tanah atau dalam pasu. Kalau kita nak guna untuk makan sendiri tanam dalam pasu pun dah memadai. Pastikan pasu jenis permukaan lebar. Tanah boleh isi tanah hitam organik yang dibeli di Nursery. Isikan dalam pasu dan tabur sedikit baja tahi ayam dalam 1 sudu besar. Biar tanah dan baja selama 2 minggu sebelum kita tabur benih.
Semaian
Selepas 2 minggu barulah kita rendam benih ketumbar tadi dan esoknya tabur rata dalam pasu begini. Jangan terlalu rapat, biar ada jarak sedikit. Kita nak tanam dalam pasu ni terus ya. Tak ada lagi nak re pot (pindah pasu) sebab pokok ketumbar ni agak sensitif. Jika re pot, selalunya akan berakhir pokok tu mati.
Lepas tabur benih, ratakan tanah dan tutup nipis je
Siraman
Siram secara konsisten 2 kali sehari atau pastikan tanah sentiasa lembap untuk menggalakan benih bercambah. Letak di tempat teduh dan sedikit bercahaya.
Percambahan
Pada hari ke empat dah mula nampak benih bercambah dan ada daun hijau keluar
Pertumbuhan Anak Pokok Ketumbar
Hari ke 7 dah makin besar daun. Memang ketumbar ni agak lambat naik. Tengok tu ada lagi biji belum bercambah. Perlahan lahan ia akan pecah dan bercambah nanti
Cahaya Matahari
Hampir 2 minggu ini progress anak pokok ketumbar. Masa ni dah boleh ubah ke tempat bercahaya pagi. Biar kena cahaya matahari untuk pokok membesar. Tanda anak pokok perlu cahaya bila batang pokok tu naik kurus tapi daun penuh diatas.
Daun Ketumbar
Lepas 2 minggu dah nmpak ciri daun ketumbarnya. Daunnya pecah membentuk daun ketumbar macam yang kita selalu tengok tu.
Pembajaan
Masa ni dah boleh start baja. Saya guna baja AB jenis air. Bancuh je baja A dan Baja B ikut sukatan dan siram sahaja setiap 3 hari atau 2 kali seminggu. Kalau nak guna baja biji boleh guna baja untuk daun organik atau bukan organik seperti baja urea. Untuk 1 bekas ni hanya perlu dalam 6 ke 8 biji sahaja dan diberi setiap 2 minggu. Baja biji tak sama baja air ya tak boleh bagi kerap.
Tuai Daun Ketumbar
Dan inilah pokok ketumbar saya lepas 3 kali dibaja. Pokok naik tinggi subur dan merimbun. Boleh tunggu lagi 2 ke 3 minggu sebelum dituai. Selain baja perlu kawalan perosak sahaja. Cuma sembur sahaja larutan cuka kayu setiap minggu supaya tak ada ulat, serangga atau apa saja yang datang makan daun tu. Cara tuai hanya potong daun dan batang, biar kan 1 inci batang di tanah yang tinggal. Nanti pokok akan tumbuh semula daunnya. Kalau dah rimbun kena cepat cepat trim ya supaya pokok berkembang lagi. Jangan biar sehingga lama berbunga dan keluar buah. Jika keluar buah pokok tu akan mati dan tak akan keluar daun lagi.
Sekian tips gardening Kekny kali ni. Nanti kita belajar tanam pokok lain pula ya! Kalau nak follow #GardenEnyAbdullah boleh ke Instagram Enyabdullah83
0 Comments