Hari pertama kita melangkah ke bulan penuh barakah, bulan Ramadan yang kita rindui, bulan penuh kemuliaan. Pada bulan penuh keberkatan ini marilah sama kita melakukan banyak kebaikan untuk memperoleh ganjaran pahala. Macam biasa selain menahan lapar dan dahaga, perbuatan, pertuturan dan pendengaran, kita juga perlu meningkatkan dan memperbanyakkan amal ibadah supaya kesempatan satu bulan Ramadan ini tidak kita sia siakan. Sebagai emak dan ketua chef di rumah pasti kita seringkali buntu apalah nak dimasak. Kalau berbuka tu mungkin tak berapa pening nak fikir sebab banyak juadah boleh dibeli dan dipesan online sahaja. Tapi kalau waktu sahur ramai kaum ibu mati kutu dibuatnya. Nak pula bila dah masuk minggu kedua Ramadan, nak ulang lauk sama dah jemu. Haihhh mana nak fikir amal ibadat, mana nak fikir nak masak lagi kan. Haaa sebab tu lah saya terfikir nak kongsi 30 Resepi Sahur Mudah ni.
Jadi untuk entri blog kali ini saya nak share 30 menu masakan dan mudah untuk sahur. Senang kan atur saja menu dan boleh buat perancangan nak beli barang dapur juga.
Tips Menu Sahur Mudah
Untuk menu sahur ni sebenarnya tak kisah apa sahaja menu sesuai. Tapi ada yang bila pagi pagi buta ni tak ada selera nak menikmati makanan. Faktor umur barang kali. Jadi kenalah masak yang bersesuaian.
Pilihan menu yang ringkas menjadi pilihan. Sebenarnya tak perlu ringkas mana. Masak je ikut kita. Cuma pastikan jangan membazir sahaja.
Frozen kan lebihan makanan semasa berbuka untuk dijadikan lauk sahur adalah idea yang sangat baik. Baru tak ada makanan terbazir
30 Resepi Sahur Mudah
Daging Merah Rose
Daging ni diperap dengan sirap rose dan di tumis sehingga masak. Resepi penuh di SINI
Ayam Goreng Kunyit
Ayam Goreng Kunyit Garing Garing letak kacang panjang dan bawang lebih. Ayam tu nak sedap gaul sikit tepung Bestari pedas, serbuk cili paprika dan garam serta kunyit
Daging Masak Lemak Cili Api
Daging Masak Lemak Cili Api Kentang pun sangat mudah nak buat. Kalau nak cepat guna daging salai siap yang dah difrozenkan. Bila nak masak cuma tambah santan, cili, bawang dan serai.
Assam Prawn
Assam Prawn atau Udang Masak Asam Jawa Bersama Sos Tiram ni insipirasi dari chinese restaurant. Memang sedap tau rasa dia. Kena cuba. Resepi
SINI
Ikan Kicap Chinese Style
Ikan Kicap Chinese Style ni dia light light sikit dan agak cair berbanding masak kicap kita. Tapi rasa dia sangat padu. Boleh try untuk menu sahur ya. Resepi di
SINI
Daging Kicap
Daging Kicap Bawang Goreng ni resepi mak mentua. Sangatlah Sedap makan dengan nasi putih panas panas. Resepi di
SINI
Sambal Sardin Petai
Sambal Sardin Petai paling senang nak buat. Sedap rupanya petai dimasak bersama sardin. Jom tengok resepi di
SINI
Udang Masak Halia
Udang Masak Halia ni inspirasi dari kedai siam. Mudah sangat nak buatnya. Resepi di
SINI
Sambal Telur
Sambal Telur Mudah dan Cepat siap. Boleh rebus telur tu siap siap tau dan guna je pes sambal yang banyak orang buat jual sekarang ni.
Daging Sweet Sour
Daging Masak Sweet Sour pun sedap. Kena try resepi saya ni. Ada kat
SINI
Ayam Kicap
Ayam Kicap Mudah saya suka buat style kering macam ni. Apa pun ayam kicap lah menu paling senang dan sedap kan?
Sup Ikan
Sup Ikan Siakap pun sedap. Guna ikan siakap sebab murah sikit berbanding ikan merah. Boleh juga ganti ikan tenggiri atau salmon.
Daging Air Asam Utara
Daging Rebus Air Asam. Kalau di utara sini menu ni agak biasa. Tapi buat pembuka selera nak bersahur memang sedap. Cuma jangan pedas sangat ya. Resepi di
SINI
Masak Paprik
Paprik Sotong ni menu mudah juga. Tips dari saya guna je pes tomyam untuk paprik cuma tambah daun limau purut sikit. Tumis macam buat stir fry biasa. Tambah sos cili sedikit.
Daging Masak Lada Hitam
Dagingng Lada Hitam Brokoli menu paling disukai. Kalau buat kat rumah licin! Kena try ya. Nak mudah guna ja sos black pepper instant. Cepat je masak.
Ayam Goreng Bawang Putih
Ayam Goreng Bawang Putih ni macam ayam goreng bawang biasa ca gantikan dengan bawang putih. Mesti tambah nasi 2 pinggan!
Masak Lemak Telur Suhun
Masak Lemak Telur Suhun pun sedap. Saya selalu buat jika ada telur lama dah nak expired. Telur merah dia dah tak bulat. Biar pecah pecah sikit dalam santan. Nikmat!
Ayam Goremg Sambal Belacan
Ayam Goreng Sambal Belacan paling express. Guna je lebihan sambal belacan yang ada dan tumis sedikit dalam minyak gorengan ayam. Tambah bawang potong siap!
Lobak Masin Goreng
Lobak Masin Goreng Telur ini hidangan nostalgia masa kecik kecik. Sedap goreng dengan telur dan bawang. Kena try ok!
Kari Nenas Ikan Masin
Kari Nenas Ikan Talang Masin ni nampak agak susah nak masak time sahur kan. Tapi mungkin boleh siap masak hari lain dan simpan untuk sahur sebab lauk ni memang pembuka selera.
Gulai Kawah
Gulai Kawah pun sama macam kari nenas diatas. Boleh masak siap dan frozenkan. Bila nak makan panaskan je. Lauk lauk macam ni sedap dan tak terjejas rasa bila kita frozenkan.
Ayam Masak Pandan
Ayam Masak Pandan ni resepi lain dari yang lain tapi percayalah rasanya sedap. Resepi di
SINI
Paprik Sayur
Paprik Sayur Campur. Sayur kalau tak tahu nak masak apa boleh try goreng seperti paprik. Sedap sangat!
Daging Goreng Kunyit
Daging Goreng Kunyit Kelantan pun sedap untuk hidangan sahur. Cara kelantan ni buat kan daging lebih empuk dan lembut.
Ikan Masak Taucu
Ikan Masak Taucu pun sedap ya nak buat menu sahur kita. Letak bawang dan cili padi banyak memang terangkat habislah makan dengan nasi panas panas time sahur.
Daging Cili Kering
Daging Goreng Cili Kering juga sedap. Macam Kung Pao sikit tapi tak berapa pekat. Boleh cuba style korang punya. saya punya sangat simple, tumis dengan halia dan cili kering, masuk sos tiram dan daging. Siap!
Sambal Ikan Bilis
Sambal Bilis Tumbuk. Sambal ikan bilis paling senang nak sediakan sebab boleh masak awal dan frozenkan. Masak banyak sekaligus boleh panaskan hari lain.
Pajeri Rebung
Pajeri Rebung Utara pun sedap nak pula digandingkan dengan ikan masin atau telur dadar. Masak kuah dia bagu pekat sikit. Sedap makan dengan nasi panas.
Sambal Ikan Talang Masin.
Fuh sedap ni. Boleh juga masak siap dan frozenkan.
Ikan Masak Asam
Ikan Talang Masin Masak Asam pun sedap ya untul buat lauk sahur. Aduh teringat pulak. Mungkin esok lusa kena masak lauk ni untuk sahur
Ok itulah cadangan menu sesuai untuk sahur. Mesti dah dapat idea sikit sikit kan apa nak masak. Tak perlu ikut semua sekali. Kita cuma nak bagi dorongam dan idea supaya tercetus. Resepi boleh cari kat blog ni just google je macam contohnya Masak Asam Ikan Talang Eny Abdullah. Mesti jumpa!
Ok selamat berpuasa semua. Semoga bulan ini kita dapat tingkatkan amal ibadat kita dan peroleh segala kebaikan.
4 Comments
Wahh! bagus nya info ni. Thanks sis sudi share
ReplyDeleteSemuanya nampak sedap... Huhu...
ReplyDeletejadi tak keruan nak pilih untuk masak berbuka hari ni haha
ReplyDeletetq share resepi kekny
ReplyDelete