Kari Pekat Udang Galah

Orang kita ni kalau ada udang mesti tak lain tak bukan buat sambal atau masak lemak. Tahu tak Kari Udang tersangatlah sedap. Apa lagi kalau Kari Udang Galah. Dan kari udang yang saya selalu masak ada 2 jenis. Ada kari udang biasa, kuahnya cair dan dicampur nenas. Memang sedap sangat. Selalunya dimasak tumis darat sahaja. Selain nenas paling sedap letak kacang munggai. Dulu pernah masak Gulai Udang Lipan dan Munggai Resepi di SINI

kari pekat udang galah, kari kering, kari udang, kari mamak, gulai udang, rempah kari udangi, freshwater giant prawns, udang galah tanjung tualang

Kalau kari pekat kering ni style macam kari mamak. Macam yang kita selalu tengok kat Kedai Nasi Kandar. Kuahnya kering-kering begitu. Tapi dapat sikit gaul nasi memang power! Tak perlu banjir. Sikit je dah terangat!

Jadi kali ni resepi Kekny share Kari Pekat Udang Galah ni. Memang terangkat habis. Makan dengan nasi putih, sayur campur goreng sos tiram dan telur dadar. Cukup lengkap hidangan dan rasa kan?


kari pekat udang galah, kari kering, kari udang, kari mamak, gulai udang, rempah kari udangi, freshwater giant prawns, udang galah tanjung tualang

Kekny ada share video di You Tube. Bleh tengok di bawah ya. Apa pun resepi penuh di bawah sekali. Jangan lupa try. Dah nak masuk Ramadhan 2021 / Ramadhan 1442 ni, boleh la save mana mana resepi nak dicuba bulan puasa nanti ya. 


Resepi Kari Pekat Udang Galah

Bahan-bahan Kari Pekat Udang Galah

10 ekor udang galah sederhana ( kalau terlalu besar adjust rempah dan santan serta bahan lain ya)

2 sudu besar bawang merah kisar
1 sudu besar bawang putih kisar
1 sudu teh halia kisar
1 sudu besar cili kering kisar
(saya guna pes yang siap kisar, jadi senang guna. Kalau tak guna pes, boleh je kisar sekali semua bahan)
2 paket kecil rempah daging dibancuh dengan air, tambah sedikit bawang merah, bawang putih dan halia kisar dan gaul rata sehingga menjadi pes
Daun kari secukupnya
1 biji buah tomato dihiris nipis
Air
1 kotak santan ( 250 ml)
Minyak untuk tumis
Sedikit air asam jawa
Daun ketumbar dicincang kasar
Cili Merah untuk hiasan


Cara penyediaan Kari Pekat Udang Galah

Panaskan minyak, tumis bawang, tomato dan bawang. Masukkan banchan rempah. Tambah pes cili kisar. MAsak sehingga garing dan pecah minyak.

Masukkan udang. Tambah air. Biar sehingga mendidih.

Masukkan santan pekat dan kacau rata. Tambah air asam jawa sedikit. Sesuaikan rasa masinnya. Saya tambah sikit.

Akhir sekali tambah daun ketumbar dan cili. Siap



-------------English translated-------------------

Prawns / Lobster Curry ( Thick & Spicy)

Ingredients For Prawns / Lobster Curry

10 medium size prawn or lobster
2 tablespoons ground onions
1 tablespoon ground garlic
1 teaspoon ground ginger
1 tablespoon ground dried chillies ( chillie paste)
(I use ready paste, so it's easy to use. If you don't use paste, you can grind all the ingredients once)
2 small packets of beef / meat / chicken curry spices mixed with water, add 1 tbs onion, 1 tbs garlic and a little bit ginger and mix well until it becomes a paste
Curry leaves
1 tomato thinly sliced
Water
Oil for frying
2-3 tablespoons Tamarind juice
Coriander leaves (coarsely chopped)
Red chili for garnish


How to prepare Lobster Concentrated Curry


Heat oil, sauté onions, tomatoes and onions. Add the spice banchan. Add ground chilli paste. Cook until crisp and bursting with oil.

Enter the shrimp. Add water. Bring to a boil.

Add thick coconut milk and stir well. Add a little tamarind juice. Adjust the salty taste. I added a little.

Finally add the coriander leaves and chilli. Ready



 

Post a Comment

1 Comments

  1. uiiii sedap ni makan dengan nasi panas 😋😋😋

    ReplyDelete