Resepi Cream Cheese Stabil, Sedap dan Tak Muak

Saya nak share satu Resepi Cream Cheese Buttercream atau Icing yang tersangat sedap dan berteksture ringan, gebu macam ais krim, rasanya pula sangat rich, tapi kurang manis dan tak muak. Yang paling penting icing ini stabil untuk dibuat hiasan piping simple seperti rossette, rose swirl dan sebagainya. Kekny guna resepi ni untuk hampir semua kek macam vanilla cake, red velvet cake, pandan gula melaka dan untuk kek coklat juga sesuai. 

Cream cheese sedap, resepi icing cream cheese, cream cheese tak cair, cream cheese stabil, cream cheese fresh cream, Philadelphia cheese


Ini contoh hiasan simple guna cream cheese icing ini . Nampak cantik je bentuk rose swirl tu kan. 

Cream cheese sedap, resepi icing cream cheese, cream cheese tak cair, cream cheese stabil, cream cheese fresh cream, Philadelphia cheese



Tips Cream Cheese Icing Sedap dan Stabil

Cream Cheese Berkualiti

Pastikan kita guna cream cheae yang berkualiti. Yang selalu saya guna ialah jenama Philadelphia. Philadelphia ni ramai kata cream cheesenya agak keras dan berbiji kasar jika tak dipukul betul betul kembang. Memang betul. Tapi rasanya sangatlah berlemak dan sedap. Tips nak pukul cream cheese Philadelphia ialah dengan biar cream cheese lembut dahulu luar peti ais barulah dipukul.

Cream cheese sedap, resepi icing cream cheese, cream cheese tak cair, cream cheese stabil, cream cheese fresh cream, Philadelphia cheese


Whipped Cream Non Diary

Untul dapatkan cream cheese yang stabil, yang tahan cuaca panas kat Malaysia ni dan tak cair bila dipukul, perlu guna Non Diary Whipping Cream. Kalau guna diary tu untuk bukan hiasan boleh je. Tapi kalau nak lepa kek bahagian luar, krimnya mestilah stabil. Jadi pengunaan non diary Whipped cream adalah perlu. Ada yang panggil fresh cream topping. Jenama yang Kekny selalu guna ialah Value Pride. Fresh cream ni juga dah siap manis. Jadi guna gula icing hanya sedikit sahaja.

Jangan Terlebih Pukul (Overbeat)

Ramai yang buat silap dengan memukul krim terlalu lama. Sebab nak lagi kembang katanya. Ini ialah silap. Krim yang terlalu lama dipukul akan kumpul haba didalamnya dan akan menjadikan krim lembik dan cair macam sup krim! Jadi eloknkrim kembang dan nampak gebu terus stop! Jangan pukul lagi. Terus guna spatula je untul ratakan.

Cream cheese sedap, resepi icing cream cheese, cream cheese tak cair, cream cheese stabil, cream cheese fresh cream, Philadelphia cheese


Sejukkan Krim yang siap dipukul dahulu sebelum dilepa

Ini ramai yang tak tahu. Ramai yang terus lepa cream cheese yang dipukul terus atas kek. Sebaiknya cream cheese frosting tadi di sejukkan dahulu dalam peti ais selama beberapa jam. Barulah diguna seperti biasa  Ini akan buat cream lebih stabil. 

Ok Kekny dah sediakan resepi dan teknik serta tutorial di video You Tube di bawah. Tengok betul betul dan baca semua caption. Kalau ikut semua dengan betul isnyallah akan menjadi elok 



Resepi Cream Cheese Icing 


Bahan-bahan Cream Cheese Icing

300 gm cream cheese yang dah lembut
100 gm butter yang dah lembut
1/4 cup gula icing
1 1/3 cup Fresh Cream (nom diary whipped cream)
Esen vanilla atau esen lemon atau jus lemon


Cara Penyediaan Cream Cheese Icing

Pukul butter, cream cheese dan gula icing sehingga betul betul kembang, tak berbiji dan rata. Pastikan guna whisk attachment ya yang jaring halus tu.

Masukkan esen atau perasa.

Masukkan fresh cream

Pukul sekejap sahaja dalam beberapa saat sehingga icing kembang dan gebu dan Whipped cream tak cair dah.

Terus kacau guna spatula sehingga rata dan sejukkan dalam peti ais selama beberapa ja. Sebelum digunakan.





































Post a Comment

1 Comments

  1. salam ramadhan kareem cikkak eni tuuh.. 😅

    ReplyDelete