Salah satu biskut kegemarab Kekny ialah Biskut Florenta atau Crunchy Caramel. Biskut ni memang sedap sebab ianya diperbuat dengan campuran kekacang dan menggunakan tepung khas yang memberi rasa karamel kepadanya. Kalau nak tahu orang dulu dulu buat juga biskut macam ni dipanggil Kacang Potong. Menggunakan kacang tanah yang disangrai, dibelah 2 dan dicampur air gula pekat likat dan dihiasi bijan. Haaa konsep dia macam sama.. rasa pun seakan sama cuma bezanya kita guna kacang yang dicampur dan ianya lebih nipis berbanding Kacang Potong
Ada seaetengah tempat seperti di Thailand, kacang potong diperbuat dari biji gajus. Wah memang sedap. Jadi buat adik adik yang nak belajar buat biskut simple mungkin untuk berniaga boleh cuba buat biskut Florenta ni ya.
Sebenarnya biskut ni kita boleh variasikan. Boleh hanya diletak badam keping sahaja, diletak kuaci sahaja atau nak tukar kacang tanah dan gajus pun rasanya tak ada masalah. Kalau nak gantikan dengan cornflakes pun sedap tau! Cubalah!
Jom tengok video penyediaan di You Tube Eny Abdullah. Senang sangat. Resepi penuh kat bawah ya!
RESEPI BISKUT FLORENTINE ATAU CRUNCHY CARAMEL
Bahan-bahan Biskut Florenta / Crunchy Caramel
300 gm kekacang campuran saya guna :
100 gm almond
100 gm kuaci bunga matahari
100gm kuaci labu (hijau)
Bijan hitam agak agak tak perlu banyak
200 gm Tepung Florenta
Cupcake cup size M solo cup
Cupcake cup size M solo cup
Cara Penyediaan Biskut Florentine / Biskut Crunchy Caramel
Bakar kekacang sekejap agak panas je dan keluarkan dari oven. Sejukkan
Campur kekecang, bijan dan tepung florenta. Kacau rata
Guna sudu penyukat metric 1 sudu besar, cedok kan campuran sebanyak 1 sudu besar dan masukkan dalam cup.
Bakar selama 20 minit suhu 160 atau sehingga tepung florenta cair dan sedikit perang.
Sejukkan dan keluarkan biskut dari acuan
Tips : guna tepung Florenta yang ada jenama dan bukan jenama timbang yang murah agar biskut tak melekat pada acuan.
0 Comments