Haiii.. kembali lagi Kekny dengan satu lagi resepi mudah pejam mata pun boleh buat. Hangpa pun tahu kan resepi yang selalu Kekny share mudah dan cepat. Sesuai untuk ibu bekerja dan suri rumah jika nak masak yang simple dan cepat tapi yang penting sedap dan menepati citarasa anak anak. Anyway resepi kali ni pasta atau spagheti lagi cuma kali ni kita belajar terus masak One Pot Spaghetti je tak payah nak rebus rebus dah.
Sebelum tu jangan risau, tak perlu pakai gadget beribu nak masak One Pot Spaghetti macam ni cukup hanya periuk biasa atau kalau boleh jenis non stick lah senang.
Masuk je semua bahan termasuk spaghetti, bahan protein, tomato (masuk awal supaya beri flavour kat Spaghetti), any veggies like mushroom ke, carrots ke, boleh je campak mak. Asal anak kau makanlah.
Tips Masak One Pot Spaghetti Yang Sedap
Actually teknik one pot ni ramai mat saleh dari luar selalu buat. Ye lah diorang mana tumis menumis macam kita ni selalu. Tapi mestilah ada tips dan yang penting trick nak jadikan masakan one pot kita sedap
1. Potong bawang nipis
Ini untuk memberi bawang kota cepat caramelized semasa dimasak, bila baeang layu, lembut, lembik, dia keluarkan gula thus buatkan masakan kita LAZAT lah
2. Bawang Putih
Kalau untuk garlics pula potong jangan cincang, tapi potong nipis tapi agak tebal. Kita tak mau garlic dalam masakan lebur cair habis nanti too garlicky pulak tak berapa sedap
3. Tomato
Guna tomato cherries lebih sedap dan manis. Lagipun tak perlu nak potong dah letak je sebiji sebiji dan tomato lambat nak pecah. Jika guna tomato besar kena pula potong into cubes tapi bila kita masak sekali habis benyek lah kan. Apa pun kalau ads tomato biasa je, guna je lah kan dari boh langsung!
4. Pasta
Pasta ni kalau nak super duper cepat, guna jenis angel hair. Sekejap je dah masak lembut. Tapi jika nak guna Spaghetti biasa pun tak ada masalah. Cuma lebihkan sikit masa merebus. Trick saya buat, kalau amgel hair, saya biar dia masak bertutup air sedikit ja. Tapi kalau Spaghetti air saya taruh lebih, dan tutup periuk biar spagheti lembut, dah sedikit lembut (belum aldente masih keras tapi dah lembut luaranya) baru saya buka penutup, masak sampai air kering (air cepat kering jika buka penutup) dan biar spaghetti masak sepenuhnya
5. Bahan protein
Yang sesuai guna mestilah isi ayam yg dicarik, udang, sotong, atau bahan sejuk beku atau salai sepeti chicken ham, sausages, beef bacon dan sebagainya. Kalau nak guna daging segar macam tak berapa sesuai. Tapi daging hancur mungkin boleh sebab cepat masak
6. Guna butter
Sebab kita tak tumis jadi guna butter lebih memberi flavour kepada masakan one pot.
7. Sukatan air
Sukatan air ni jangan risau kalau terlebih. Rasa terlebih tu boleh buka tudung periuk dan masak secara terbuka, air mesti cepat kering. Nak pekatkan kuah boleh tambah cheese seperti parmesan. Yummy
Oklah jom tengok resepi One Pot Spaghetti Kekny ni. Macam biasa dah upload kat You Tube Eny Abdullah. Boleh tengok video kat sana dan resepi bertulis disini yaaa..
Resepi One Pot Spaghetti
Bahan-bahan One Pot Spaghetti
150gm spaghetti
50gm butter
1 1/2 cup air
Chicken ham secukupnya
Tomato cherries secukupnya
Cendawan dipotong
5 ulas bawang putih dipotong nipis
1 ulas bawang besar potong nipis
1 sudu besar sos tiram
Garam secukup rasa
Parmesan cheese
Cara penyediaan One Pot Spaghetti
Masukkan semua bahan-bahan diatas dan masak api perlahan sehingga spaghetti masak dan air kering. Akhir sekali tabur parmesan cheese.
3 Comments
nyummm terus lapaq tengok gambaq tu :D
ReplyDeleteanak2 wak suka makan spaghetti nih... 😅
ReplyDeletehuhuh. tgh in trend kan 1 pot ni.
ReplyDelete