Ada yang terliur tengok Mee Hokkien? Mesti ramai yang terliur kan tengok mee seakan mee goreng tapi lebih gelap, basah, mee yang besar digoreng dengan sempurna diatas api kuat. Tapi masalahnya Mee Hokkien ni memang tidak Halal ya kalau yang dijual oleh kaum Cina. Ini kerana penggunaan lemak daging khinzir didalam mee Hokkien ni. Jadi kenalah belajar sendiri buat mee hokkien halal. Guna bahan bahan yang halal. Tapi boleh ke dapat rasa yang sama?
Kalau kita pandai olah bahanya boleh je dapat seakan akan sama. Mee Hokkien nu yang penting kena masak api besar baru lah rasanya dan aromanya sedap. Ada bau terbakar begitu.
Mee yang digunakan ialah mee kuning jenis besar. Ada jual kat pasaraya. Tapi jika tak jumpa boleh je pakai mee kuning size standard biasa. Untuk mee hokkien ni saya guna bahan seafood untuk dapatkan rasa manis. Dan saya guna serbuk pati ikan bilis digabungkan dengan pati ayam. Ok.lah jom tengok resepi. Nanti boleh cuba masak ya.
Macam biasa boleh subscribe You Tube Kekny di https://youtube.com/c/EnyAbdullah
Resepi Halal Mee Hokkien
Bahan-bahan Mee Hokkien Halal
2 pack mee kuning jenis besar ( dicuci dan dibilas dengan air untuk hilangkan kapur)
10 pcs bawang putih dicincang
Udang dan sotong
Boleh guna isi ayam atau lembu jika suka
Fishball dan fiscake
Sawi hijau
Cendawan
1 sudu besar serbuk pati ayam
1 sudu besar serbuk pati ikan bilis
1 sudu besar serbuk lada sulah
1 sudu tepung jagung ( dibancuh dengan 1/2 cawan air)
Bahan sos campuran
3 sudu besar sos tiram
2 sudu besar minyak bijan
4-5 sudu besar kicap pekat hitam
1 sudu besar kicap cair
2 sudu besar gula perang
Cara penyediaan Mee Hokkien Halal
Goreng sekejap udang dan sotong dan ketepikan
Dalam minyak sama, tumis bawang putih. Masukkan fishball dan tambah air
Masukkan serbuk pati ayam dan pati ikan bilis
Biar mendidih dan masukkan mee kuning. Masak sekejap
Masukkan bahan canpuran sos dan kacau rata
Jika tak cukup gelap boleh tambah kicap pekat hitam
Akhir sekali masukkan sayur dan cendawan. Masukkan bancuhan tepung jagung supaya kuah pekat.
English Version
Halal Hokkien Mee Recipe
2 packs of big yellow noodles (washed and rinsed with water to remove excess oil and boric acid)
10 pcs chopped garlic
Shrimps and squids
You can use chicken or beef if you like
Fishball and fiscake
Green mustard
Mushrooms
1 tablespoon chicken starch powder
1 tablespoon anchovy powder
1 tablespoon white pepper
1 tablespoon cornstarch (mixed with 1/2 cup water)
Premix sauce ingredients
3 tablespoons oyster sauce
2 tablespoons sesame oil
4-5 tablespoons of thick dark soy sauce
1 tablespoon light soy sauce
2 tablespoons brown sugar
Preparation
Fry the shrimp and squid for a while and set aside.
Using the same oil, saute the garlic. Add fishball and add water
Add chicken stock powder and anchovy stock
Bring to a boil and add the yellow noodles. Cook for a while.
Add the sauce mixture and stir well. Add water if needed to soften the noodles
If it is not dark enough, you can add dark soy sauce
Finally add the vegetables and mushrooms. Add the cornflour mixture to make the gravy thick.
Facebook Pages : https://www.facebook.com/enyabdullah/
Instagram : https://www.instagram.com/enyabdullah83/
1 Comments
Ishh ishhh nengok je dah terliur.. nak cuba gak laa nanti buat.. sedap ni...
ReplyDelete