Pengalaman Menjadi Pesakit Covid 19, Rawatan Dan Petua

Akhirnya setelah 2 tahun bertahan dan menepis, melalui pelbagai peringkat SOP, PKP, lockdown dan sebagainya, saya bertemu jua dan dijangkiti virus Covid 19 ini. Sejak 2 tahun lepas inilah virus yang paling kita nak elak sekali. Paling tak sangka bila tengok double line pada alat self test kit namun redha dan sebagaimana positive result tu, kita cuba positive kan diri dan minda mengharunginya. Jom lah tengok Pengalaman Menjadi Pesakit Covid 19, Rawatan Dan Petua kami amalkan sepanjang tempoh tersebut.

Pengalaman kena covid 19, positive covid 19, petua covid, batuk covid, air cengkih, cengkih lemon, self kuarantin di rumah, my sejahtera apps, kkm, vaksin covid berkesan, booster berkesan kah


Simptom Pertama Covid 19

Sebenarnya saya tak tahu bila dan dari mana saya dijangkiti. Saya hanya berulang alik rumah ke pejabat, hampir tidak ke mana kedai sebab hanya beli online. Termasuk barang dapur dan keperluan lain. Adik perempuan pula yang kerja farmasi, dia negative. Malah tak dijangkiti pun walaupun kami serumah, tak ada la berkurung pun memandangkan emak saya juga positive. 


Simptom pertama ialah pada malam sebelum, sakit perut dan pinggang. Sakit sangat sampai kena makan panadol. Esoknya ada batuk sikit. Tapi saya ingat batuk biasa sebab batuk saya on off sejak 3 minggu lepas, test pun negative saja. Malam esoknya pula, terjaga tengah malam sebab rasa dada ketat, batuk makin teruk. Rasa badan panas. Saya bangun tidur atas sofa. Esoknya sebelum subuh terus buat test dan ternyata positive. Emak pula buat test dan dia juga positive. Adik perempuan negative. 


Pengalaman Self-Quarantine kat Rumah dibawah pantauan KKM

Jadi oleh kerana kami masih ok, hanya demam dan batuk, perkara pertama ialah kemaskini result test di app My Sejahtera. Terus status bertukar dari biru ke merah. Mula-mula update dan jawab health assessment yang diberi, dan kami dikategori CAT-2 Alert sebab ada demam, sakit dada, batuk, selsema. Untuk emak pula sebab faktor umur dan dia ada sesi dialisis maka kena ke CAC Kubang Pasu Jitra untuk dinilai oleh doctor tahap kesihatan. 

Syukur lepas penilaian, doctor kata boleh kuarantine di rumah sahaja dan pihak CAC terus hubungi pusat Homodialisis Zakat Alor Setar untuk mengatur sesi dialisis khas kerana emak positive. Alhamdulillah semuanya dipermudah. Jadi fokus sekarang ialah menghabiskan kuarantine di rumah dan sembuh sepenuhnya.

Maka bermulalah sesi update penilaian kendiri kesihatan setiap hari 3 kali kepada KKM. Untuk emak, ada doktor yang akan telefon setiap hari bertanya khabar dan status kesihatan. Ada juga panggilan dari mesin KKM yang minta terus ke CAC jika gejala makin teruk.

Simptom hari kedua selepas sah positive, malamnya tidur rasa sakit kaki dan tangan. Saya ingat ada kawan yang ada pengalaman positive katanya makan sahaja panadol supaya dapat bertahan dan kuat. Jangan lembik dan tidur je. Ok so saya makan panadol 2 biji dapat tidur, esokny bangun dengan segar dan siap dapat masak bihun goreng. Jadi salah satu ubat penting masa ni ialah panadol atau ubat tahan sakit. Sakitnya memang lain dari demam biasa. Panas dannrasa kebah, diikuti rasa sakit di sendi dan badan. Alhamdulillah tak ada sakit kepala. Selsema juga manja manja. Yang teruk ialah batuk 


Alhamdulillah hari demi hari sampai lah hari ke tujuh iaitu hari akhir semuanya berjalan lancar. Demam hilang seawal hari ke empat selepas tu hanya batuk saja. Yang pelik deria rasa dan deria bau hilang pada hari ke 5, hari ke 5 tu badan macam dedar, batuk jd teruk balik dan terus hilang deria rasa dan bau sampailah sekarang hari ke 9. 


Makanan Sihat Sepanjang Kuarantine

Syukur sepanjang kuarantine selera makan tak berkurang. Jadi dapat makan dengan elok dan tak ada istilah pahit mulut atau tak ada selera.  Jadi kami banyak makan buah-buahan seperti oren, lai, kiwi, avocado, epal untuk boost immune sistem


Pengalaman kena covid 19, positive covid 19, petua covid, batuk covid, air cengkih, cengkih lemon, self kuarantin di rumah, my sejahtera apps, kkm, vaksin covid berkesan, booster berkesan kah

Pengalaman kena covid 19, positive covid 19, petua covid, batuk covid, air cengkih, cengkih lemon, self kuarantin di rumah, my sejahtera apps, kkm, vaksin covid berkesan, booster berkesan kah

Pengalaman kena covid 19, positive covid 19, petua covid, batuk covid, air cengkih, cengkih lemon, self kuarantin di rumah, my sejahtera apps, kkm, vaksin covid berkesan, booster berkesan kah


Tingkatkan Immunity Badan

Saya juga amalkan pati ayam untuk optimumkan immune system badan. Pati ayam ni saya amalkan sejak beberapa bulan sebelum ambil vaksin lagi. Pati ayam memang baik untuk kembalikan immunity badan kita yang mungkin dah berkurang disebabkan faktor umur, gaya pemakanan dan kesihatan.

Saya juga ambil multivitamins, diselang seli vitamins C dan juga glutathione.

Minum air 2 liter lebih setiap hari. Pastikan kita kencing banyak semasa demam. Air yang berpusing dalam badan akan buat badan kita melawan virus dengan efektif.


Amalan Air Cengkih Lemon Madu

Saya juga amalkan air cengkih lemon madu sebagai ikhtiar berubat. Kita tak lah harap ini ubatnya tapi tak salah ikhtiar. Lagipun benda ada kat rumah. Buat saja dan minum. Rasa pun sedap. 



Pengalaman kena covid 19, positive covid 19, petua covid, batuk covid, air cengkih, cengkih lemon, self kuarantin di rumah, my sejahtera apps, kkm, vaksin covid berkesan, booster berkesan kah


Resepi Air Lemon Cengkih Madu

Bahan-bahan 

4 ke 5 biji cengkih

1 potong halia

Rendam air panas atau rebus sekejap, sejukkan. 

Bila nak minum kacau dengan 

Perahan 1/4 biji lemon (lemon belah 4) dan

1 sudu madu


Petua Hilangkan Batuk  Disebabkan Covid 19

Cara saya rawat batuk saya ialah dengan minum ubat batuk Hurix setiap 6 jam. Sukatan guna penutup yang diberi sekaki ubat tu ye iaitu 15 ml. Jangan guna sudu besar nanti tak dapat 15 ml. 

Pengalaman kena covid 19, positive covid 19, petua covid, batuk covid, air cengkih, cengkih lemon, self kuarantin di rumah, my sejahtera apps, kkm, vaksin covid berkesan, booster berkesan kah



Amalkan jus buah lai korea yang warna coklat. Atau makan terus buah lai tu begitu sahaja


Pengalaman kena covid 19, positive covid 19, petua covid, batuk covid, air cengkih, cengkih lemon, self kuarantin di rumah, my sejahtera apps, kkm, vaksin covid berkesan, booster berkesan kah


Adakah Vaksin Covid 19 membantu saya sembuh?

Pendapat saya vaksin memang membantu saya melawan virus Covid 19. Walaupun saya tak ambil booster lagi (tangguh dulu sebab faktor kesihatan) tapi saya bersyukur dah lengkap 2 dos dan saya dijangkiti selepas lengkap 2 dos bukan sebelum. Saya dikategori sebagai 1 dan 2 sahaja kerana gejala ringan. 

Paling bersyukur ialah saya dijangkiti semasa sistem fasiliti kesihatan dah tak terbeban dimana kurangnya kadar kemasukan hospital dan sistem pengurusan kuarantine lebih flexibel dan boleh duduk di rumah sahaja berbanding semasa peringkat permulaan negara dilanda virus semua wajib kuarantine di hospital dan pusat kuarantine yang dimana mungkin tidak seselesa seperti di rumah. Itulah paling bersyukur sangat. 


Dan saya yakin tentang KKM yang baru baru ini ada keluarkan statement bahawa untuk yang dah ambil booster jika ada kontek rapat tidak perlu lagi self quarantine jika tiada gejala. Mulanya saya agak tak setuju dengan KKM. Tapi lepas tengok pengalaman adik saya yang dah lengkap booster, kami kuarantine sekali sebab dia close contact. Dia makan, lepak dekat, duduk sekali, dengan saya dan  mak yang positive, tak pakai mask pun kat rumah, tapi dia tak positive dan tak dijangkiti langsung pun. Syukur alhamdulillah. Jika anda yakin dengan booster dan ada keperluan ambil boleh la ambil. Kami geng Pfizer masih ada masa sementelah pula sekarang dah dijangkiti jadi ada 3 bulan lagi boleh tunggu lagi. Alhamdulillah

Post a Comment

0 Comments