Pajeri Terung Mudah Dan Sedap

Salah satu lauk tambah nasi yang sedap digandingkan dengan ikan goreng, ikan masin atau apa sahaja yang digoreng rangup. Pajeri Terung atau apa saja jenis Pajeri sedap kalau ada lauk tersebut dipadankan dengan sambal belacan. Aduh teringat ingat lauk ni makan dengan nasi panas panas, gaul dengan kuah pajeri, sambal belacan ulam timun potong bersulan ikan kering tamban masin. Aduhaiii hujan ni lapar je kan. Ok lah actually tak susah mana nak masak Resepi Pajeri ni. Apa apa pajeri je pun senang. Kali ni kita masak Resepi Pajeri Terung.

Pajeri terung, resepi pajeri, kari terung, pajeri sedap

Resepi Pajeri Terung Mudah

Bahan-bahan Resepi Pajeri Terung

3 batang terung panjang ungu di belah dua dan potong pendek
1 sudu besar kerisik
2 paket kecik rempah kari daging dibancuh dengan air jadi pes
1 sudu besar udang kering (boleh gantikan dengan segenggam ikan bilis yang ditumbuk)
1 batang kulit kayu manis
2 biji bunga lawang
5 biji buah pelaga
1 atau 2 sudu besar gula ( ikut manis)
Garam dan perasa
Sedikit gula kabung 
200 ml santan pekat 
Minyak untuk tumis

Bahan kisar halus atau tumbuk
8 ulas bawang merah ATAU 1 ulas bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia

Cara memasak Resepi Pajeri Terung
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar


Masukkan juga pes rempah dibancuh dan udang kering. Tumis sampai garing dan naik minyak

Masukkan santan, air. Masukkan garam, perasa, gula putih dan gula kabung. Masukkan terung.

Masak sehingga terung lembut dan kuah pekat serta kuah pecah minyak.

Siap Pajeri Terung

Post a Comment

1 Comments

  1. salam snggah. 1st time baru tengok resepi pajeri terung. selalunya buat sambal, buat kari je.

    ReplyDelete