White Mee Curry atau Mee Kari Putih Yang Sedap!

Hai semua .. pernah tak rasa Penang White Mee Curry atau Mee Kari Putih. Sedap sangat tau mee kari putih ni. Mee kari ni kuahnya dimasak tanpa cili dan rempah. Dihidangkan dengan sambal berasingan. Masa gaul kuah dan sambal tu kita boleh pilih ikut selera kita samada nak kuah nya lebih pekat, atau light light je.   Eh kena try la resepi White Mee Curry atau Resepi Mee Kari Putih ni sebab nak explain rasa kat korang tu susah. Kena rasa sendiri la.

White mee curry, penang curry mee, mee kari putih, white mee curry, resepi mee kari

Tengok kuahnya berwarna putih. Bahan bahan dalam tu sama sahaja macam mee kari biasa. Ada fishball, fishcake dan tauhu kembong! Ada juga taugeh, isi udang dan jejari ketam. 

White mee curry, penang curry mee, mee kari putih, white mee curry, resepi mee kari

Masa hidangkan macam ni lah. Kuah dia memang putih. 

White mee curry, penang curry mee, mee kari putih, white mee curry, resepi mee kari

Ini set lengkap. Geram tengok udamg tu! 
White mee curry, penang curry mee, mee kari putih, white mee curry, resepi mee kari

Hasil bila digaul dengan santan, barulah nampak 


Untuk video boleh tengok kat You Tube Resepi Eny Abdullah macam video kat bawah. Jangan lupa subsribe, Like dan share yaa!


Resepi White Mee Curry 

Bahan-bahan sambal cili White Mee Curry Mee Kari Putih

2 sudu besar rempah kari daging atau kari seafood
3 sudu besar pes cili kisar Adabi (atau boleh kisar sendiri guna cili kering direbus)
2 ulas bawang besar - kisar
5 ulas bawang putih - kisar
1 inci lengkuas - kisar
1 batang serai
Gula dan garam secukupnya
Sedikit Gula melaka atau gula nise atau gula kabung.
Udang kering - kisar (jika buat kuah tak guna udang, sebalinya guna ayam, saya sarankan letak udang kering. Jika dah guna udang, tak perlu udang kering)


Kisar bahan bertanda kisar. Panaskan minyak, kena lebih sikit ya supaya cantik elok sambal cili.


Tumis bahan kisar, masuk cili kisar, garam, gula dan gula melaka. Masak lama sampai cili garing, pecah minyak dan pekat


Bahan kuah putih White Mee Curry Mee Kari Putih

Stok udang atau air rebusan kepala dan kulit udang ya g dah ditapis
1 batang serai diketuk
1-2 inci lengkuas diketuk
3 batang daun bawang
Fishball, fishcake dan juga tauhu kembong.
250gm santan kotak
Garam, gula sedikit serbuk perasa


Didihkan stok udang, tambah air dan masukkan serai, lengkuas dan batang daun bawang. Renih lama sehingga 30 minit. Dah mendidih masukkan santan. Kacau rata. Kemudian masukkan fishcake, fish ball dan tauhu kembong. Tabur daun bawang akhir sekali.


Bahan hidangan White Mee Curry Mee Kari Putih


Celur mee kuning, cuci dan tapis
Celur taugeh, isi udang, isi ketam beku, kacang panjang dan potong daun bawang


Masukkan mi ke dalam mangkuk. Tuang kuah. Susun bahan hiasan dan letak sambal cili. Kuantiti sambal jika nak sedap lebihkan sedikit. Siap


#meekari #whitemeecurry #meekariputih


Post a Comment

0 Comments