Kali ni nak share lagi resepi daging korban. Mesti ramai yang dok fikir apa lah nak masak dengan daging korban ni kan. Dah jemu asyik masak resepi daging dan menu daging sama sahaja setiap tahun. Jom try buat Resepi Kurma Daging Pekat Kenduri pulak.
Buat kuah pekat pekat macam tu, makan dengan nasi putih, sambal belacan ulam timun aduh memang sedap sangat lah.
Resepi Ayam Masak Putih Klik Sini
Kekny juga letak daun ketumbar, bertambah sedap la kurma daging Pekat ni. Nak bagi pekat tu kita tambah juga kerisik sikit dan lebihkan rempah kurma. Memang terangkat habis la. Nak hidangkan dengan nasi minyak pun sedap ni.
Resepi Kurma Daging Pekat Kenduri
Bahan- Bahan Resepi Kurma Daging Pekat Kenduri
1kg daging dihiris
1 sudu besar serbuk lada hitam
Bahan tumis
Rempah 3 sekawan - kukit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga
2 batang serai diketuk
2 ulas bawang besar kisar
5 ulas bawang putih kisar
1 inci halia kisar
2 paket kecik rempah kurma (bancuh dengan air jadi pes)
1 kotak santan
Bahan sayur
4 biji kentang
3 biji cili hijau atau merah potong dua
2 ulas bawang besar dibelah 2
2 biji tomato
Secekak daun ketumbar
Cara penyediaan Resepi Kurma Daging Pekat Kenduri
Tumis bahan tumis sampai naik wangi dan rempah pecah minyak
Masukkan daging yang digaul bersama serbuk lada hitam. Biar air daging keluar. Bila air daging keluar baru masukkan air. Adjust air dan kepekatan. Masukkan kentang dahulu dan santan.
Masak sehingga kentang empuk. Baru masukkan bahan sayur lain. Dah mendidih boleh tutup api.
Boleh tengok Resepi Kurma Daging ni juga kat You Tube Resepi Eny Abdullah
0 Comments