Mee Kuah Tulang memang agak sinonim di sebelah negeri Utara Malaysia seperti negeri Kedah. Rasanya memang sedap seakan mee udang atau mee bandung tapi bila letak tulang tu buat lebih special. Tapi susah juga nak dapat Resepi Mee Kuah Tulang Yang Sedap
Selalu kalau waktu raya memang Mee Kuah menjadi menu utama. Tak kira lah mee kuah tulang, mee kuah biasa letak ayam, udang, fishcake atau fisball pun sedap juga.
Salah satu bahan penting kena letak ialah sup tomato untuk bagi rasa sedikit masam dan manis kepada mee kuah.
Untuk resepi Mee Kuah biasa boleh tengok KAT SINI
OK jom tengok resepi Mee Kuah Tulang yang mudah je nak buat ni.
Resepi Mee Kuah Tulang
Bahan-bahan Resepi Mee Kuah Tulang
2kg tulang direbus sehingga lembut. Simpan airnya
1kg daging dihiris nipis (terpulang nak campur daging atau guna tulang semua)
3 bungkus mee kuning dicelur sekejap dalam air mendidih, kemudian angkat tapis, dicuci dan hilangkan bau kapur dan minyak. Tos 2-kali.
3 pokok sawi dan batangnya potong. Asingkan batang dan daun
3 batang lobak merah dipotong nipis
10 batang jagung muda dipotong nipis
1/2 botol besar sos tiram
1/2 botol sos cili
1 tin tomato sup dalam tin
3 sudu besar tepung jagung (dibancuh dengan air dalam 1/2 cawan)
Garam dan gula
Sedikit minyak untuk menumis
Bahan tumis
4 sudu besar pes cili kisar (saya pakai cap puteri atau Adabi)
1 biji bawang besar holland - dikisar
10 ulas bawang putih - dikisar
2 inci halia - dikisar
Bahan hiasan tabur
Daun sup
Daun bawang
Bawang goreng
Tauhu goreng
Cara penyediaan Resepi Mee Kuah Tulang
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga wangi dan pecah minyak.
Masukkan tulang rebus, gaul rata. Tambah air rebusan sikit. Masak seketika supaya rempah masuk dalam tulang.
Masukkan daging hiris jika suka. Kalau daging tu nak rebus dulu pun boleh.
Masuk sos tiram dan sos cili. Masak seketika sampai daging empuk dan bahan mesra bergaul.
Masukkan air rebusan dan air sehingga penuh periuk sederhana besar.
Masukkan kicap karamel, sos ikan dan serbuk lada sulah
Tambah garam dan gula secukupnya. Rasa dia kena manis manis sikit. Boleh tambah sos lagi jika suka.
Jika suka boleh tambah 2 kiub pati lembu atau pati ayam.
Reneh api perlahan sehingga mendidih selama 20 minit supaya kuah mesra dan sedap.
Masukkan carrot, jagung, batang sawi. Masukkan juga bancuhan air tepung jagung.
Bila kuah mendidih masukkan sayur lembut seperti tomato dan daun sawi.
Hidangkan dengan mee kuning dan bahan hiasan. Siap!
0 Comments