Resepi Laksa Utara Paling Mudah

Laksa paling senang sekali ialah laksa utara. Sebab bahan tak banyak dan sangat simple. Selain tu laksa utara juga sangat murah berbanding laksa negeri lain. Kalau kat Kedah sekarang RM 5 dah boleh dapat sebungkus laksa bersama separuh telur rebus. Itu portion sederhana. Ada yang jual RM 8 tapi portion laksa pun banyak. Dan untuk harga Laksa Telur Bersarang pula RM 12. Tapi Laksa Telur Sarang bukanlah Laksa asli Kedah. Cuma ramai ikut trend sekarang. Saya tetap suka Resepi Laksa Utara Yang Mudah macam saya masak. 

Resepi laksa kedah, laksa utara, laksa kuah sardin, laksa kuah pekat, laksa sedap kedah


Jenis-jenis Laksa Di Kedah


Laksa kat Utara juga ada banyak jenis. Bukan semua rasanya sama ya. Terutama di Kedah. 

Laksa Kedah Biasa

Tapi yang paling dikenali ialah laksa Kedah biasa yang guna ikan kembung atau selayang, kuahnya pekat, berwarna coklat kemerahan dengan laksa besar atau laksa halus, selalunya ada telur rebus, dan dihidangkan dengan kicap.

Tapi Laksa kat Kedah ada juga laksa lain seperti

Laksa Lemak Utara

Laksanya ialah mee laksa biasa atau laksa halus dihidangkan dengan kuah laksa yang dimasak dengan rempah khas, santan dan sangat pekat dan beraroma.. RESEPI LAKSA LEMAK UTARA 

Laksa Kuala Kedah atau Laksa Telok Kechai

Untuk laksa jenis ni pula kuah laksa cair dan kurang ikan, dimakan bersana ulam kampung seperti pucuk putat, gajus, selom dan sebagainya. Laksa ni dihidangkan dengan sambal kelapa khas. Dan ianya juga dihidangkan dengan pulut inti dan pulut udang. Dan laksa ni menggunakan mee laksa beras homemade. BACA SINI UNTUK LAKSA TELOK KECHAI

Asam Laksa atau Laksa Cina

Kat Kedah juga ada Assam Laksa seperti di Penang yang mengunakan sardin dan kuah merah. Rasanya extra masam, pedasmanis sebab guna otak udang. Di Kedah kami panggil Laksa Cina kerana orang cina sangat menggemarinya dan Laksa ni ramai dijual oleh kaum cina di foodcourt mereka. Resepi Assam Laksa BOLEH BACA DI SINI

Laksa Asli Utara 

Laksa mee ya ialah laksa beras homemade, dihidangkan dengan kuah laksa yang dibuat dari ikan kembung, dengan rendah cili api dan bawang. Kuahnya berwarna kelabu pucat kerana penggunaan cili padi sahaja tanpa tambahan cili kering. Ulamnya terdiri dari ulam ulam kampung yang dihiris halus seperti daun pucuk putat, selom, gajus, dan beberapa jenis ulam lagi.  RESEPI LAKSA ASLI KEDAH BOLEH KLIK SINI

Laksa yang saya masak kali ni ialah Laksa Utara biasa. Ulam pun guna daun salad sahaja. Resepi kat bawah ya

Resepi laksa kedah, laksa utara, laksa kuah sardin, laksa kuah pekat, laksa sedap kedah

Resepi laksa kedah, laksa utara, laksa kuah sardin, laksa kuah pekat, laksa sedap kedah

Resepi laksa kedah, laksa utara, laksa kuah sardin, laksa kuah pekat, laksa sedap kedah

Resepi Laksa Utara Mudah

Bahan-bahan Resepi Laksa Utara Mudah

1 kg ikan selayang atau kembung
1 tin besar ikan sardin - masuk penapis dan basuh ikan dari kuah tomato (optional kalau guna ikan sikit atau guna kembung, boleh tambah sardin tin)
2 senduk cili kisar - saya pakai cili kisar brand Puteri. Boleh tambah jika nak lagi pedas
2 ulas bawang besar
2 inci belacan
3 keping asam gelugor (ikut masam)
1 sudu teh serbuk Ikan Bilis Knorr atau kiub pati Bilis
Daun kesum dan bunga kantan ikut nak letak banyak mana bagi wangi
Garam secukupnya
1 pack laksa direbus lembut

Bahan ulam 
Timun dihiris memanjang
Daun salad dihiris nipis
Bawang besar hiris nipis
Cili padi hiris halus
Limau kasturi
Telur rebus dibelah
Kicap pekat manis 

Cara dan Resepi Masak Kuah Laksa Utara

Ikan direbus dengan asam gelugor hingga masak. Keluarkan ikan dan perisi isinya pastikan tiada tulang. Jika suka boleh kisar tulang dan tapis guna raga plastik jarang atau penapis plastik tu) untuk dapatkan kuah yang manis. 

Kisar isi ikan dan isi ikan sardin bersama air rebusan ikan. 

Kisarkan bawang besar bersama belacan. 
Masukkan kisaran isi ikan kedalam periuk dan kisaran bawang. 

Masukkan cili kisar dan asam keping yang kita buat rebus ikan tadi. 

Boleh tambah jika nak lebih masam. Saya suka didihkan dulu baru tambah asam kemudian. Kita tak mau kuah laksa terlalu kuat masamnya.

Masukkan air secukupnya ikut kepekatan kita suka. Selalunya biar kuah cair sikit sebab lama lama isi ikan akan kembang dan kuah akan jadi pekat elok. 

Bila kuah mendidih, masukkan perasa ikan bilis, garam, daun kesum dan bunga kantan. Didihkan api perlahan selama 20 ke 30 minit supaya kuah mesra.

Hidangkan dengan mee laksa dan bahan ulam. 




Post a Comment

0 Comments