Pulut Serawa Durian Lemak Manis ni resepi yang lain dari yang lain kerana rasanya sangat creamy, berlemak dan sedap dimakan bersama pulut, roti atau biskut tawar. Tak perlu dah letak sagu untuk pekatkan kuah serawa.
Serawa dan Pengat
Eh tahu ke serawa ni apa. Serawa ni kalau kat sebelah utara ni macam pengat. Ada serawa pisang, serawa labu, nangka. Kalau durian ni macam pengat jugalah cuma durian selalunya dimakan bersama pulut. Bezanya kalau sebelah utara kami guna gula putih, dan kadangkala ada juga guna gula merah atau gula melaka dicampur. Macam kat resepi Bubur Jagung ni, salah satu serawa juga tapi dipanggil Bubur. Tapi paling sedap ialah Serawa Pisang lah nak nak Pisang Nangka yang masam masam tu. Aduiii..
Jom tengok resepi Serawa Pulut Durian yang mudah je ni.
Pulut Serawa Durian Lemak Manis
Bahan-bahan Pulut Serawa Durian Lemak Manis
10 ke 15 ulas durian
2 cawan air
1/2 cawan susu pekat manis atau boleh tambah atau kurang ikut tahap kemanisan disukai
1/2 cawan susu sejat
1/2 kotak santan
2 helai daun pandan
2 sudu kecil garam
Cara Masak Pulut Serawa Durian Lemak Manis
Masukkan durian dan air. Masukkan susu pekat manis.
Kacau sampai isi durian tanggal dari bijinya dan mendidih
Masukkan daun pandan, santan, susu sejat dan garam.
Masak lagi sampai kuah pekat, mendidih. Jika terlalu pekat boleh tambah santan atau susu atau air.
Hidangkan dengan pulut atau boleh dimakan dengan roti, biskut tawar atau dihidangkan begitu sahaja.
Boleh juga tengok cara masak kat You Tube dibawah ya
0 Comments