Resepi Ikan Masak Asam adalah antara resepi paling senang nak buat. Tapi tak ramai yang wujudnya resepi mudah sedap macam ni. Bahan pula sangat mudah didapati. Untuk kali ni saya guna Ikan Merah segar yang besar. Jom saya kongsi Resepi Ikan Merah Masak Asam ni.
Rasa lauk ni kena balance ya. Ada rasa masam manis dan masin. Dan kena ada rasa pedas sikit. Untuk cili tu boleh je ditumbuk atau blend sikit. Tapi kalau nak letak cili potong pun boleh saja. Boleh guna cili kering, cili merah atau cili padi. Rasanya seakan Ikan Masak Taucu cuma ianya masam manis. Untuk resepi Ikan Masak Taucu saya boleh KLIK SINI
Resepi Ikan Merah Masak Asam
Bahan-bahan Resepi Ikan Merah Masak Asam
Ikan merah dipotong keping - boleh juga guna ikan lain. Letak garam dan kunyit dan goreng garing. Kena garing ya
2 sudu besar pes asam jawa dibancuh dengan air
1-2 sudu besar gula
1 sudu kecil lada sulah
10 biji cili padi dibelah - boleh juga ditumbuk kasar jika nak pedas
2 sudu besar sos tiram
Minyak untuk tumis
Bahan hiris halus
1 biji bawang besar
6 ulas bawang merah
2 inci halia
Cara Masak Resepi Ikan Merah Masak Asam
Panaskan minyak, tumis bahan hiris.
Masukkan air asam. Masukkan sos tiram, gula, garam, lada sulah. Sesuaikan rasa biar ada rasa masam manis sikit biar balance. Boleh tambah air jika perlu
Masukkan cili padi. Masak sekejap sampai cili lembut.
Masukkan tomato jika suka
Akhir sekali masukkan ikan goreng. Kacau rata siap.
0 Comments