Resepi Sambal Kicap Padu Sedap

Jom kali ini saya nak share Resepi Sambal Kicap Padu Sedap sangat. Resepi ni dapat dari makcik suami yang berasal dari Johor. Memang sedap Sambal Kicap ni dan terasa perfect jika digandingkan dengan sup, soto dan sebagainya. Sebenarnya sebelum ni saya juga tertanya macam mana nak buat sambal kicap yang sedap. Pernah kisar cili padi dan kicap sahaja tapi tak berapa sedap. Hambar je rasa.

Sambal kicap, sambal kecap, resepi sambal kicap sedap, bawang goreng, sambal kicap

RUPANYA ada bahan penting kena letak dalam sambal kicap tu. Haaa dan bahan tu ingatkan gula ke, apa ke rupanya kena letak bawang goreng. Fungsi bawang goreng ni nak bagi rasa sedap, rasa manis bawang dan memberi teksture pekat kepada sambal. 

Selain tu tambah sikit je bawang putih untuk balancekan rasa dan kurangkan pedas cili padi. 

Sambal kicap ni sedap dimakan bersama soto, sup ayam, bihun sup, bihun goreng  style putih tu atau bihun goreng Singapore. 


Tips Sambal Kicap Sedap 

1. Kalau untuk Sambal Kicap dicicah bersama goreng pisang, lebihkan sikit kicapnya. 

2. Manakala untuk Sambal Ikan bakar, boleh tambah sedikit belacan dan tambah perahan jus limau nipis. 

3. Bawang putih jangan terlalu banyak kerana nanti akan buatkan sambal kicap menjadi terlalu kuat rasanya. 

4. Bawang goreng homemade akan buat sambal kicap lebih sedap, dan berlemak. 


Sambal kicap, sambal kecap, resepi sambal kicap sedap, bawang goreng, sambal kicap


Resepi Sambal Kicap Sedap

Bahan-bahan Resepi Sambal Kicap Sedap

5-6 biji cili padi (saya guna cili padi Thai memang agak pedas) kalau guna cili padi biasa kena lebihkan - rendam air panas sekejap

1-2 ulas bawang putih direndam air panas sekejap

4 sudu besar bawang goreng

1/4 cawan kicap Jalen label merah.

Sedikit air sekadar hanya untuk gerakkan blender. Jangan banyak


Cara Penyediaan Sambal Kicap Sedap 

Campurkan semua bahan dalam blender. Kisar sehingga halus. 

Boleh tambah kicap jika tak cukup ya. 

Boleh tengok video saya kat You Tube Resepi Eny Abduilah 




Post a Comment

0 Comments