Resepi Laksa Kedah Paling Senang Dan Sedap

Laksa Utara adakah sama dengan Laksa Kedah. Haa ramai yang keliru sebenarnya. Ramai yang kata Laksa Utara ni yang pakai otak udang, yang pakai ikan sardin tin, yang pakai laksa halus macam macam versi. Sebenarnya kat sebelah utara ni Penang, Kedah dan Perlis laksanya pelbagai juga. Resepi laksa pun tak sama.

Laksa Kedah Asli 


Laksa Kedah paling ringkas dan mudah sekali resepinya. Bahan pun tak banyak. Kalau nak tahu Laksa Kedah asli kuahnya berwarna pucat (kelabu) bukanlah warna merah. Ini kerana Laksa Kedah asli resepi tok tok kita dahulu menggunakan cili api bukanlah cili kering. Haa rasa dia pun lain tau. Lebih pedas, rasa cilinya tu berbanding guna cili kering disamping harum dengan sedikit serai digunakan. Ulamnya pula menggunaka ulam ulam kampung seperti pucuk janggus, daun selom, pucuk putat dan sebagainya. Saya pernah kongsi resepi Laksa Asli Kedah (KLIK SINI) . Sekarang Laksa Kedah dah sedikit berubah, kuahnya merah sedikit sebab dah guna cili kering. Ulamnya sekarang digantikan dengan daun salad, timun dan bawang sahaja. Daun selom pun susah nak jumpa sekarang. 

Laksa kedah

Resepi Laksa Kedah

Laksa Kedah ni mudah je tak perlu tumis dan bahan tak banyak. Paling senang lah nak buat dia. Jom kita tengok resepi

Laksa kedah

Laksa kedah


Bahan-bahan Resepi Laksa Kedah

1 bungkus laksa - rendam 1 jam dan rebus sampai lembut. 

2 kg ikan kembung - rebus dengan garam dan asam dan asingkan isi dan tulang

3 sudu besar cili kisar (campur cili kering rebus dan cili merah besar 3 biji dan beberapa biji cili padi kampung merah) 

3 biji Bawang besar

Bunga kantan

Asam keping secukupnya

Daun kesum

1 sudu besar belacan (saiz besar ibu jari)

Garam dan ajinomoto secukupnya


Ulam dan bahan tabur atas

Bawang besar

Timun

Daun selom atau daun salad (sekarang susah cari daun selom)

Telur rebus

Cili padi

Limau 

Kicap Mudim


Cara Penyediaan Laksa Kedah

Isi ikan dihancurkan atau tumbuk. Kalau jenis suka kuah laksa halus boleh blend. Tapi asing yang blend isi dan tulang jangan campur


Tulang ikan dikisar halus kemudian tapis guna penapis jarang. Tapis 2-3 kali sambil bilas penapis jarang tu dan akhirnya hanya tinggal sisa tulang


Bawang besar kisar dengan belacan


Dalam periuk satukan isi ikan, air kisaran tulang ikan yang dah ditapis, bawang besar kisar dan cili kisar


Masukkan asam keping. Masuk dulu 2-3 keping. Nanti kalau tak masam baru adjust tambah. Kuah laksa kalau masam sangat pun tak sedap


Adjust kepekatan dengan air. Ikut nak pekat atau cair sikit. Ada suka pekat ada suka cair


Masukkan garamndan ajinomoto. Masak api perlahan sampai mendidih. Masuk bunga kantan dan daun kesum.


Biar mendidih lama atas api perlahan ya baru kuah sedap dan isi ikan kembang pekat. Masak sampailah kuah tu hilang buihnya.


Hidangkan dengan bahan ulam, telur rebus dan tuang kicap sikit.

Post a Comment

0 Comments