Mudah dan Sedap Bila Guna Produk Cap Bunga Rose

Hai Semua Assalamualaikum. Saya nak share satu produk makanan tempatan yang sangatlah terbaik. Saya pun baru guna pertama kali produk Cap Bunga Rose untuk masakan saya dan tak sangka produk mereka sangat berkualiti setanding jenama lain. 

Antara produk keluaran Cap Bunga Rose




Rempah cap bunga rose
 

Rempah cap bunga rose

Produk Cap Bunga Rose diperbuat daripada bahan semulajadi terpilih, 100% disahkan halal, tanpa bahan tambahan tiruan atau pengawet. Semua produk mereka juga bebas gluten dan mesra vegan. 

REMPAH GULAI CAP BUNGA ROSE

Adunan rempah ratus dari ketumbar, biji manis, jintan manis, buah pelaga, bunga lawang, kayu manis, cengkih, cili kering dan kunyit dengan sukatan yang tersendiri dan dikisar halus untuk mendapatkan rasa dan tekstur masakan yang sedap. Berfungsi sebagai rempah asas dalam masakan tradisi asli melayu Terengganu. Membangkitkan rasa pada masakan dan menjadikan masakan lebih sedap Boleh digunakan dalam masakan: Kuah Laksa Terengganu Gulai Ikan Tongkol (Nasi Dagang) Gulai Telur Kuah Kari Daging Perapan Ayam Goreng Berempah


REMPAH MASAK CAP BUNGA ROSE 

Adunan rempah ratus yang sudah dipanggang pada tahap kualiti yang terbaik dan dikisar halus untuk mendapatkan tekstur dan rasa masakan yang sedap. Rempah   tersebut adalah ketumbar, biji manis, jintan manis, buah pelaga, bunga lawang, kayu manis, cengkih, cili kering dan kunyit. Berfungsi untuk menghasilkan aroma yang memikat rasa pada masakan dan menjadikan masakan lebih wangi dan lazat. Boleh digunakan dalam masakan: Rendang Tok Daging Masak Hitam Masakan Kuzi Perapan Ayam Bakar Berempah Masak  Kurma Hitam


RESEPI MUDAH PUTU KACANG 

Menggunakan produk Serbuk Kacang Hijau Cap Bunga Rose ni dapat juga saya buat Kuih Putu Kacang yang sedap, gebu, tak liat dan cair di mulut. Untuk resepi Putu Kacang ni boleh ke Facebook Page saya dan pautan link video DISINI

Resepi Putu Kacang


RESEPI DAGING MASAK PESAMAH

Daging Masak Pesamah ialah masakan tradisi negeri Kedah. Ianya juga digelar Rendang Kedah atau Rendang Besar. Selalu disediakan di majlis kenduri sebagai menu utama atau semasa Hari Raya. Rasanya seperti gabungan kari dan rendang tapi tak pakai bahan rendang. Ianya cuma bawang dan campuran rempah ratus membangkitkan rasa masakan Pesamah ni. Resepi dan video lengkap saya dah sertakan di pautan link DISINI


Masak pesamah daging

Haa boleh lah kot cepat cepar pergi beli produk dari Cap Bunga Rose ni sempena raya yang bakal tiba, boleh cuba buat dua resepi diatas. Jimat belanja nak order dan beli kan. 

Post a Comment

0 Comments